Hebat Walaupun Status Kelab UnderD0g

SEREMBAN: Walaupun tiada perlawnan tetapi semua pemain dan pegawai pasukan PJ City sudah dibayar gaji termasuk bulan lalu, kata pengurus pasukan, K Rajendran.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pemotongan gaji yang dilakukan pengurusan pasukan itu susulan penangguhan saingan Liga Malaysia bermula sejak 16 Mac lalu.Pun begitu, Rajendran mengakui terdapat perbincangan dua hala dibuat antara pemain dan pengurusan kelab berkenaan, baru-baru ini mengenai perkara berkenaan.Soal pemotongan gaji pemain memang ada dilakukan tetapi ia lebih kepada tolak ansur antara majikan dan pekerja.

Kadar pemotongan gaji yang dibuat juga atas persetujuan bersama dan bukannya dibuat secara paksaan. Dalam hal ini pemotongan gaji, kita mengambilkira saranan dan garis panduan yang disediakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia dan setakat ini tiada masalah berbangkit.Pemain pun akur dengan keadaan semasa akibat wabak C0VID-19 yang melanda bukan saja di negara ini tetapi lebih 180 negara di dunia, katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.Baru-baru ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengumumkan garis panduan pemotongan gaji untuk memudahkan pengurusan setiap pasukan mengambil tindakan mengikut kemampuan masing-masing.

Bagi kategori pertama iaitu gaji RM4,999 dan ke bawah, ia membabitkan pemotongan 10 peratus manakala kategori kedua antara RM5,000 hingga RM9,999 15 peratus  kategori ketiga antara RM10,000 hingga RM14,999 20 peratus dan kategori keempat antara RM15,000 dan ke atas 30 peratus.Mengulas lanjut, Rajendran berkata, beliau melihat secara positif dalam soal pemotongan gaji pegawai dan pemain kerana apa yang penting mereka masih dapat gaji seperti biasa.

Ini memperlihatkan pengurusan kelab kami sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan pemain. Masalah ini dihadapi semua pasukan dalam Liga M bukan PJ City sahaja, katanya. Mengenai cadangan Liga Bolasepak Malaysia untuk menyambung Liga M musim ini pada 1 September beliau mengalu-alukannya kerana sedar ramai yang menjadi pencinta bola sepak di negara ini.