Aidil Shahrin Bersuara Tentang Perubahan Format Baru MFL

Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak gembira dengan perkhabaran Liga Malaysia 2020 akan disambung pada September depan, namun menyuarakan kebimbangan dengan perubahan format dicadangkan Malaysian Football League.Mengikut perancangan MFL, Liga Super dan Liga Premier akan bersambung pada 1-2 September dan berakhir pada 26-27 September, dengan saingan dilangsungkan secara separuh musim sahaja. Ia kemudian akan disusuli dengan aksi Piala Malaysia pada Oktober.Ini bermakna dalam tempoh 25 hari, tujuh perlawnan yang berbaki perlu dihabiskan. Saya rasa bukan hanya Kedah, tetapi semua pasukan akan berdepan dengan masalah.

Kita semua perlu bertarung dengan masa untuk cepat sesuaikan diri, supaya dapat terjemahkan prestasi terbaik dalam semua tujuh perlawnan, secara peribadi saya rasa ianya sukar.Ini belum mengambil kira jadual perlawanan, pembahagian perlawnan home dan away perlu lebih seimbang. Jika mengikut jadual asal sebelum liga ditangguhkan, kami yang berada di utara perlu menentang Pahang, Felda United dan PDRM di tempat lawan yang mana perjalanan melalui bas sudah pun makan masa sembilan jam.Sebaik sahaja liga bersambung, kita akan bermain dua perlawnan seminggu. Ia tidak ideal jika mengambil kira masa yang dihabiskan di atas jalan. Saya percaya bukan sahaja Kedah tetapi pasukan lain sekalipun pastinya bersetuju menempuh perjalanan jauh dalam tempoh singkat adalah memenatkan.

Jadi saya berharap MFL akan dapat melihat perkara ini secara terperinci dan memberi penjelasan lebih lanjut mengenainya nanti kerana buat masa ini terlalu banyak ketidakpastian, ujar Aidil dilaporkan The Star Online.Aidil turut mengakui ia bukan tugas mudah untuk mengembalikan kecergasan pemain ke tahap optimum selepas begitu lama tidak menjalani latihan yang sempurna sebaliknya hanya berlatih sendirian, dan menurutnya cadangan FIFA untuk membenarkan lima pertukaran dibuat mungkin tidak banyak membantu.

Cadangan lima pertukaran dalam satu perlawanan mungkin berguna untuk atasi masalah kecergasan, tetapi bagi seorang jurulatih, biarlah pertukaran dibuat itu bermanfaat juga dari segi taktikal bukan sekadar menukar pemain yang letih. Apapun saya menganggap semua rintangan ini sebagai satu cabaran, kita berdepan dengan isu yang sama sekali tidak dijangka dan perlu sama-sama berusaha kekalkan prestasi, katanya lagi.Dalam empat perlawnan pertama yang telah diharungi, Kedah tew@s dua kali kepada Johor Darul Takzim dan Terengganu FC; menang sekali ke atas Selangor dan seri menentang Uitm FC.

Foto : MFL