Jangan pilih kasih

SEREMBAN: Pengurusan skuad Universiti Kebangsaan Malaysia UKM FC berharap Liga Bolasepak Malaysia dapat berlaku adil dalam menentukan tuan rumah setiap perlawnan apabila Liga Malaysia kembali bersambung September depan.Setiausaha Kehormat UKM FC, Mohd Fairus Shafie berkata, berdasarkan format baharu Liga M yang dinyatakan MFL, hanya terdapat perlawnan membabitkan satu pusingan berbanding aksi timbal balik sebelum ini kerana kesuntukan masa.Memang setakat ini kita belum menerima apa-apa maklumat lagi tentang kedudukan tuan rumah dan perkara berkaitan format baharu Liga M ini, namun kita yakin dan percaya perkara itu akan diperhalusi MFL.

Namun, kita berharap MFL dapat berlaku adil dari segi kedudukan itu kerana format perlawanan satu pusingan ini sememangnya suatu cabaran besar buat setiap pasukan termasuk UKM sendiri.Penetapan kedudukan tuan rumah juga penting kerana ia boleh mempengaruhi keputusan perlawanan dan setakat ini UKM baharu sekali menjadi tuan rumah daripada tiga perlawanan liga yang sudah diharungi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Mengulas lanjut mengenai format baharu itu, Fairus berkata, pihaknya sedar cabaran getir bakal diharungi UKM, namun yakin peluang skuad bimbingan Sulaiman Hussin untuk memberikan saingan dan meraih pencapaian terbaik tetap cerah.Menurutnya, UKM sudah mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri dan terdapat baki lapan perlawnan yang akan ditempuh apabila Liga Perdana bersambung.

Kita nasihatkan pemain kekalkan tahap kecergasan kerana perlawnan satu pusingan menuntut mereka memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap perlawnan.Pemain tiada alasan walaupun ketika ini tiada perlawnan kerana Perintah Kawalan Pergerakan  bagi menangani penularan wabak Covid-19, tetapi mereka masih dibayar gaji.Justeru, pemain kena bertanggungjawab dan apabila tiba hari perlawanan, pemain perlu pamerkan prestasi terbaik dan memastikan pasukan meraih kemenangan, katanya.