Masih Belum Bersedia

BIARPUN kerajaan Malaysia membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati mengikut standard prosedur operasi (SOP) ketat mulai 4 Mei namun beberapa aktiviti membabitkan sukan tetap dihadkan.Antaranya bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan dalaman dan luar juga tidak dibenarkan.

Selain itu aktiviti sukan membabitkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain yang boleh menyebabkan r!siko j@ngkitan turut tidak dibenarkan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas beliau hari ini.

Namun Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia kini boleh menjalankan aktiviti luar yang tidak membabitkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai.

Aktiviti kecergasan seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton adalah dibenarkan. Berjoging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan, katanya.