Hanya tinggal angan-angan

IMPIAN untuk melihat skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 di China serta mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2022 peringkat Asia kemungkinan hancur sekiranya saingan Liga Malaysia dibatalkan manakala pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pula diteruskan pada Oktober ini.Senario itu pastinya memeningkan kepala Tan Cheng Hoe untuk menilai keupayaan pemain sedangkan kebiasaannya saingan liga tempatan dijadikan medan terbaik melihat prestasi pemain sebelum disenaraikan ke latihan pusat skuad negara.

Namun, seandainya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dan Konfederasi Bolasepak Asia tetap meneruskan aksi kelayakan, mungkin impian untuk layak kali ini hanya tinggal angan-angan.Berdasarkan kedudukan terkini pasukan negara dalam Kumpulan G, anak buah Cheng Hoe dilihat mempunyai peluang keemasan apabila menghuni tangga kedua dengan sembilan mata di belakang Vietnam yang menghimpun 11 mata.

Dengan kedudukan itu, Malaysia hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam mata lagi dengan berbaki tiga aksi berdepan Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Thailand untuk layak pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, sekali gus menempah tiket ke China bagi Piala Asia.Menurut jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan, FAM menerusi Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan perlu memikirkan alternatif lain sekiranya Fifa dan AFC tetap meneruskan pusingan kelayakan.Beliau yang pernah membimbing skuad negara pada 1996 hingga muncul naib juara Piala T!ger sekarang Piala AFF sebelum tumbang 0-1 kepada Thailand di pentas final melihat antara opsyen yang mungkin boleh difikirkan adalah dengan menghantar H@rimau Malaya menjalani latihan di luar negara sebagai tempoh persediaan.

Memang susah Liga M dibatalkan sebab liga tempatan biasanya dijadikan asas pemilihan pemain oleh jurulatih. Tapi dengan situasi C0vid-19 dah halangan berkumpul dalam negara ketika ini, pasukan tak ada pilihan yang banyak.Kalau perlawnan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia diteruskan juga, FAM kena duduk berbincang dan fikirkan cara terbaik kerana kita juga ada peluang untuk layak. Sayang juga sebab pasukan kita sekarang amat mantap dengan ada beberapa pemain naturalisasi saya lihat pasukan ini boleh pergi jauh.Mungkin FAM kena keluar duit belanja lebih sikit dengan hantar pasukan berlatih di luar negara selama sebulan untuk buat persediaan. Tapi negara yang nak pergi itu mesti bebas daripada Covid-19 dan itu saja pilihan yang ada, katanya kepada Arena Metro semalam.

Isu pembatalan Liga M semakin bertiup kencang selepas Kerajaan Malaysia tetap dengan keputusan menghalang sebarang aktiviti perhimpunan selama enam bulan hingga setahun.Ia bagi mencegah wabak pandemik Covid-19 merebak, sekali gus kempen liga tempatan mungkin dibatalkan musim ini.Bagaimanapun, timbul persoalan sekiranya aksi di peringkat antarabangsa tidak ditangguhkan seperti kelayakan Piala Dunia, malah beberapa negara juga dilihat sedia meneruskan kembali saingan liga domestik di negara masing-masing.