Pertimbang Tarik Larangan

KUALA LUMPUR: Saingan Liga Malaysia tampak boleh ‘diselamatkan’ pada tahun ini, namun hanya selepas melalui ‘tempoh bertenang’ sekurang-kurangnya selama empat bulan.Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pihaknya sedia untuk meneliti cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia yang berhasrat untuk meneruskan saingan Liga M selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada tarikh pertandingan itu dilangsungkan memandangkan kerajaan tidak mahu ia bermula terlalu dekat dengan tarikh PKP berakhir nanti terutama apabila Prosedur Operasi Standard selepas PKP akan tetap diteruskan.

Perhimpunan dan sukan berkumpulan mungkin tidak dibenarkan tetapi kita tengok tarikhnya. Saya difahamkan pertandingan akan bermula pada Jun tetapi saya kira ia terlalu rapat kalaupun PKP ditamatkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan.Mungkin terlalu awal untuk kita benarkan. Katakan PKP tamat pada Jun dan pertandingan pada Oktober atau November dengan SOP seperti yang disebutkan iaitu tanpa penyokong dan sebagainya, mungkin kita boleh lihat dan pertimbangkan.Tetapi nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia masih diperlukan. Selepas kita dapat cadangan FAM atau Kementerian Belia dan Sukan , kita akan teliti perkara ini, katanya pada sidang media harian, hari ini.