Boleh Beri Kesan Serius

PENGERUSI Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan Ahmad Muzzakir Hamid berkata pihaknya akan mencari solusi terbaik dalam menjaga kebajikan semua pihak jika saingan Liga Malaysia dibatalkan tahun ini.Ia termasuk menjaga kepentingan penaja yang sudah pasti mahu keuntungan di atas penajaan mereka pada musim ini.Kami kena berlapang dada dan akur di samping mencari jalan terbaik untuk menjaga kebajikan pegawai, jurulatih, pemain, kakitangan persatuan jika saingan liga dibatalkan musim ini.Jika Liga M diteruskan tanpa penyokong, ia akan memberi kesan bukan sahaja kepada pasukan, tetapi lebih serius lagi penaja pasukan yang bersaing, katanya kepada Bernama.

Selepas melalui tiga perlawnan Liga Premier, Kelantan The Red Warr!ors ketika ini berada di kedudukan ketujuh dengan memperolehi empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu kalah.Kerajaan sebelum ini tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan termasuk perlawnan bola sepak Liga-M yang tertangguh sejak Februari lalu.Senada dengan keputusan kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menegaskan tiada sebarang perhimpunan dibenarkan dalam tempoh enam bulan sehingga setahun selepas tempoh PKP selesai bagi memastikan rantaian pendamik Covid-19 putus sepenuhnya.