Ketiadaan Matt Davies Sebagai Rahmat

Pemergian pemain bek kanan yang juga kapten pasukan Matthew Davies ke Johor Darul Takzim (JDT) diakui sebagai kehilangan besar buat Pahang, namun dalam tak sedar ia membawa rahmat buat S.Kumaahran.Ketika Pahang dijangka bergelut mencari pengganti Davies, Dollah Salleh pantas menjumpai jalan penyelesaian, bukan merekrut pemain baru sebaliknya menukar posisi Kumaahran dari penye rang sayap ke bek kanan dan ia nyata langkah berani yang membawa impak p0sitif.Ia bukan suatu yang mudah buat Kumaahran yang tidak pernah sekalipun bermain di posisi bek kanan sepanjang kariernya, namun dia memilih tidak memberi alasan dan menyahut cabaran demi mencuba sesuatu yang baru.

Coach Dollah bertanya jika saya boleh bermain di posisi bek kanan, saya beritahu tidak pernah bermain di posisi itu tetapi boleh cuba ketika latihan atau perlawanan ujian. Memang pada awalnya agak tidak selesa tetapi saya belajar untuk perbaiki larian overlapping saya dan juga kualiti hantaran.Saya telah bermain sebagai bek kanan dalam kesemua empat aksi yang diharungi, mencipta satu assist, jadi saya rasa semuanya ok buat masa ini. Saya tidak melihatnya sebagai satu masalah besar.Saya hanya mahu menjadi pemain yang lebih baik dan bermain di posisi baru membantu saya untuk terus meningkatkan prestasi. Saya anggap ini sebagai satu cabaran dan harapnya dapat terus cemerlang dalam peranan baru ini, kata Kumaahran dipetik dari The Star Online.Sebagai rekod, pemain berusia 24 tahun berasal dari Pulau Pinang ini menyertai Pahang secara pinjaman dari JDT II bersama-sama Fazly Mazlan.

Kumaahran merupakan bekas pemain H@rimau Muda dan menyertai Pulau Pinang setelah pasukan remaja negara itu dibubarkan. Dia kekal membarisi skuad B-23 kebangsaan selepas itu namun beberapa siri kecede raan membataskan penampilannya.Dia juga pernah menyarung jersi senior skuad Harimau Malaya seawal usia 19 tahun pada 2015, dan jurulatih yang menghadiahkannya kap sulung adalah Dollah Salleh sendiri.Coach Dollah percaya kepada kebolehan saya. Beliau beri saya peluang wakili negara pada usia muda dan ia menjadi batu loncatan buat saya untuk terus melangkah. Saya gembira dapat sekali lagi berada di bawah bimbingannya, harap saya boleh sesuaikan diri dengan cepat dan memenangi hati penyokong.

Pahang adalah sebuah pasukan besar, saya mahu membantu mereka terus memenangi perlawanan tetapi buat masa ini saya harap kita semua dapat mendoakan agar krisis Covid19 segera reda,” ujar Kumaahran yang membantu JDT II menjuarai Piala Cabaran tahun lalu.

Foto : Johor Southern Tigers