Bersabar Jangan Melatah

KUANTAN: Pemain bola sepak diminta bersabar dan tidak melatah di sebalik keputusan kerajaan membatalkan saingan Liga Malaysia musim ini.Bekas pertahanan kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang sudah menjangkakan semua acara sukan termasuk bola sepak akan dibatalkan sepenuhnya berkata keputusan itu demi keselamatan semua pihak.Katanya, kesan wabak C0VID-19 mengambil masa antara enam bulan hingga setahun dan mustahil aksi Liga M dapat diteruskan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

Semua pihak terutama pemain, persatuan bola sepak, kelab dan peminat perlu menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang dimuktamadkan kerajaan itu demi kebaikan semua pihak.Saya berpendapat saingan Liga M boleh dimulakan semula awal tahun depan, mungkin Februari atau Mac di mana ketika itu keadaan semasa semakin pulih walaupun tidak mencapai seratus peratus.Sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan sudah memutuskan menganjurkan Sukan Malaysia SUKMA Johor 2020, Mac tahun depan. Persatuan Bolasepak Malaysia perlu mengikut langkah diambil KBS.Walaupun kesan pembatalan Liga M musim ini dirasai kira-kira 1,500 pemain namun mereka perlu akur terhadap bencana yang berlaku, katanya hari ini.

Beliau menambah, sudah tiba masanya pemain memikirkan kaedah terbaik untuk mereka menghasilkan pendapatan tambahan dengan berniaga terutamanya selepas gaji mereka dipotong.Saya percaya pasti ada hikmah dengan keputusan yang kerajaan buat ini. Ini semua untuk keselamatan rakyat, katanya.