United tak perlukan Kane

Manchester United tidak akan berbelanja besar bagi membeli Harry Kane sebaliknya pengurus, Ole Gunnar Solskjaer percaya dia sudah pun memiliki penye rang yang mampu menjadi sehebat kapten Tottenham Hotspur itu.

Sejak mengambil alih tugas sebagai pengurus di Old Trafford, Solskjaer memanfaatkan sepenuhnya bakat dimiliki Marcus Rashford dan percaya dengan kualiti dimiliki bintang muda England itu.

Dia turut memberitahu kepada Rashford yang pemain itu mampu menjadi sehebat Kane.

Dengan Rashford baru berusia 22 tahun manakala Kane akan memasuki usia 27 tahun, Solskjaer sedar dia boleh memanfaatkan bakat dimiliki penye rangnya sendiri untuk tempoh yang lama.

Rashford mengharungi musim cemerlang apabila meled@k 19 gol sebelum dia mengalami kecede raaan belakang pada Januari lalu yang menyaksikan dia terpaksa diketepikan.

Bagaimanapun, dia dijangka kembali cergas sepenuhnya untuk mengharungi baki sembilan perlawnan musim ini apabila saingan kembali bersambung selepas ditangguhkan susulan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Solskjaer berjaya mengubah posisi Anthony Martial daripada pemain di bahagian sayap kepada penye rang utama apabila dia merekodkan empat gol dalam enam perlawnan terakhir menjadikan keseluruhan 16 gol musim ini.

Itu juga menjadi salah satu faktor mengapa United tidak perlu berbelanja besar bagi mendapatkan Kane.

Solskjaer turut melihat potensi yang dimiliki Mason Greenwood dan tidak mahu menghalang peningkatan prestasi ditunjukkan bintang muda itu.

Pemain berusia 18 tahun itu merekodkan 12 gol musim ini dan Solskjaer menyifatkan dia sebagai pemain yang memiliki penyudah terbaik dalam kelab itu. – Agensi