Dua Pasukan Ini Ada Dendam Lama

Perlawnan peringkat kumpulan Copa Libertadores 2020 antara Gremio dan Internacional diwarnai dengan lapan kad merah susulan insiden pergaduhan yang tercetus pada hujung perlawnan. Perlawnan berkesudahan 0-0.Pengadil dari Argentina, Fernando Rapallini melayangkan empat kad merah untuk empat pemain dari setiap pasukan. Penerima kad merah dari Gremio adalah Pepe, Luciano, Caio Henrique dan dan Paulo Miranda.Penerima kad merah dari Internacional pula adalah Edenilson, Moises, Victor Cuesta dan Bruno Praxedes. Insiden bermula apabila pemain Internacional, Moises bertikam lidah dengan pemain Gremio, Pepe ketika perlawnan sedang memasuki minit ke-87. Perang mulut ini kemudiannya bertukar menjadi pergadvhan fizikal selepas Moises bertindak menendang Pepe yang terbaring di atas padang.

Tindakan Moises ini membuatkan pemain-pemain Gremio bertindak menye rang Moises pula untuk melindungi rakan sepasukan mereka. Melihat Moises dise rang, pemain Internacional yang lain pula menyertai pergadvhan. Percaya atau tidak, perlawnan ini bukanlah rekod perlawnan yang kad merah paling banyak dilayangkan dalam sejarah kejohanan benua Amerika Selatan yang setaraf dengan UEFA Champions League ini. Pada tahun 1971, pengadil perlawnan Boca Juniors Argentina menent@ng Sporting Cristal Peru pernah melayangkan 19 kad merah dalam satu perlawnan Copa Libertadores. Tiga pemain yang terlepas kad merah adalah penjaga gol kedua-dua pasukan dan seorang pertahan@n Cristal.Asal-usul Grenal – permusuhan Gremio dengan Internacional Pergadvhan antara pemain dan pegawai Gremio dan Internacional sememangnya tidak mengejutkan kerana kedua-dua kelab Brazil ini mempunyai tradisi saling benci-membenci sejak awal abad ke-19.

https://tiger.cdnja.co/v/9j/9jjkv.mp4?secure=Veh0cmhcZauteFHbmijPLw&expires=1584124200

Sebagaimana media Sepanyol melabel perlawnan antara Barcelona dengan Real Madrid sebagai El Clasico, media Brazil pula melabel perlawnan antara Gremio dengan Internacional sebagai ‘Grenal’.Grenal berpunca dari isu sosio-ekonomi sebelum merebak ke sentimen bola sepak. Kini ia menjadi salah satu budaya hidup orang Gaucho – orang Selatan Brazil.Kebanyakan penduduk wilayah Santa Catarina, Parana dan Porto Alegre di negeri Rio Grande do Sul menyokong salah satu daripada dua kelab sahaja; Gremio atau Internacional. Sebagai penduduk di tiga wilayah ini, anda tidak memilih Gremio atau Internacional.Sebaliknya Gremio atau Internacional yang memilih anda. Ia bergantvng kepada sejarah keluarga anda sokong pasukan mana satu, budaya kampung anda dan faktor demografik tempat anda membesar. Gremio ditubuhkan pada 1903 oleh pendatang Jerman dari wilayah Porto Alegre yang majoritinya diduduki oleh golongan kelas pertengahan yang kaya.

Pada awal penubuhannya, Gremio mengharamkan pemain bukan keturunan Jerman yang miskin daripada menyarung jersi kelab mereka. Internacional pula ditubuhkan sekitar waktu sama – tetapi oleh anak pendatang Itali di pekan Rio Grande do Sul. Berbeza dengan Gremio, Internacional lebih terbuka dan kurang rasis.Jadi anda boleh lihat – Internacional ditubuhkan kerana pengasasnya ‘menyampah’ dengan polisi ‘hanya untuk orang Jerman’ yang diterapkan oleh pengasas Gremio. Sejak dari itulah, roh Grenal mula ditiup.