Ini Keputusan Aidil buat Ifwat

AKSI merundum penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim menyaksikan dia akan direhatkan dengan penjaga gol berpengalaman, Shahril Saa’ri dijangka mengisi kekosongan itu apabila turun menentang UiTM FC di Stadium Mini UiTM, di Shah Alam, malam esok.Pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak berkata, keputusan untuk merehatkan Ifwat yang gagal beraksi baik ketika berdepan Terengganu FC dengan kekalahan 3-4 di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu dibuat bagi memberi ruang kepada penjaga gol berusia 23 tahun itu berehat dan kembali bangkit untuk aksi berikutnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan itu bukan suatu bentuk hukvman terhadap Ifwat dan mengakui tidak wajar menilainya hanya dalam satu perlawnan.Saya harus membantu Ifwat kerana semua orang tahu dia sudah banyak membantu pasukan sebelum ini ketika di final pada musim lalu.Jadi, kena beri ruang kepada dirinya untuk berehat seketika dan saya kena ingatkan satu aksi buruk bukan bermakna dia adalah seorang penjaga gol yang teruk.

Saya mahu dia kembali bangkit selepas ini dan bersedia bagi hadapi perlawnan seterusnya pada penghujung minggu nanti iaitu berdepan Selangor, katanya.