Selepas mengalami kekal@han kedua dalam saingan Liga Super musim ini apabila tewas kepada Terengganu, penjaga gol pasukan Kedah, Ifwat Akmal dikhabarkan mahu meninggalkan pasukan itu.

Khabar angin ini kencang beredar di aplikasi WhatsApp yang mana menyatakan Ifwat mahu meninggalkan pasukan setelah menjadi sasaran kr!tikan daripada penyokong selepas perlawnan menent@ng Terengganu pada Sabtu lalu.Ifwat dikr!tik hebat oleh penyokong dimana beberapa daripada mereka menganggap bekas penjaga gol skuad B-23 tahun negara itu menjadi punca terhadap kekal@han yang dialami oleh Kedah.

Kedah mendahului 3-1 sebelum Terengganu bangkit dengan menjaringkan tiga gol menerusi Dominique Da Sylva pada separuh masa kedua sekaligus memenangi perlawnan dengan keputusan 4-3.Ifwat serta-merta menjadi sasaran dan bahkan pemain berusia 23 tahun itu memadam laman media sosial Instagram miliknya selepas menerima kr!tikan serta cacian daripada penyok0ng.

Namun, baik pihak Ifwat mahupun Kedah sendiri belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai khabar angin ini.Dalam perkembangan yang lain, rata-rata peminat setia Kedah mahu pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak untuk menggunakan penjaga gol lain seperti Shahril Sa’ari atau Azri Abdul Ghani bagi membarisi kesebelasan utama pasukan.

Pada perlawnan kelayakan AFC Champions League (ACL) 2020, Shahril dipilih sebagai penjaga gol utama dan beliau menampilkan prestasi cemerlang ketika Kedah tew@s kepada FC Seoul.