Rezeki yang dikurniakan kepada kita semua tidak sama, ada yang lebih ada yang kurang diantara setiap individu. Ia sebenarnya untuk kita semua melihat dalam gambaran yang lebih besar bagaimana kehidupan kita didunia ini perlu membantu saling tolong menolong, berkongsi mana yang mampu untuk kesejahteraan bersama. Menerusi satu perkongsian Azmeer Yusof melalui laman sosial Facebook hari ini, beliau membuka satu peluang kepada 10 orang lelaki berusia bawah 40 tahun yang mahu belajar Al-Quran dirumahnya.

Salam Jumaat.. Saya nak buka rumah saya ni kpd Kaum Lelaki BAWAH 40 tahun yg nak mengaji mahupun belajar mengaji. Jangan…

Posted by Azmeer Yusof on Thursday, 5 March 2020

Jangan Malu, Jangan Segan. Kita Wajib Belajar. Azmeer Yusof juga turut mengingatkan kita semua bahawa, belajar mengaji Al-Quran ini adalah wajib, biar sedikit janji ada usaha. Jangan malu, jangan segan. Ni kalam Allah. Kita WAJIB belajar, kita WAJIB membaca. Atleast tiap kali datang 1 muka surat pun jadilah, janji kita ada usaha utk membaca. Kita kena akui, akhir zaman ni kita dah pun ‘ tinggalkan ‘ Quran.Dan sebagai permulaan, beliau mencari 10 orang lelaki dan hanya perlu hadir tanpa membawa apa-apa kerana kitab Al-Quran dan juga ustaz akan beliau sendiri sediakan secara percuma. Untuk permulaan ni saya nak mencari dalam 10 orang. Tuan-tuan bawa diri je, Al-Quran & ustaz saya sediakan, InsyaAllah. Important is TAK PERLU BAYAR APA-APA.

Rumah saya di Tongkang Yard. Yang berminat boleh pm saya ya, 10 orang terawal sahaja.Berdasarkan komen yang dibalas oleh Azmeer Yusof, sesi mengaji Al-Quran ini akan diadakan pada setiap hari bermula jam 9 hingga 11 pagi dirumahnya – lokasi: No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah. Sejuk Hati Baca Komen Yang Ditinggal Netizen. Sehingga artikel ini ditulis, sudah hampir 700 perkongsian dan 300 komen ditinggalkan oleh netizen yang rata-rata memberikan kata-kata sokongan untuk Azmeer Yusof.

Malahan ada yang sentiasa mendoakan beliau semoga terus dimurahkan rezeki serta kekuatan untuk membantu golongan yang mungkin mahu mengaji tetapi malu atau tidak tahu tempat dan sebagainya.Semoga Azmeer Yusof akan terus berjaya dalam bola sepak, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

sumber:vocketfc