Penyokong H@rimau Malaya Tak Dapat Melihat Kelibat Mat Don

Hasrat penyokong atau ekor H@rimau Malaya untuk menyaksikan kelibat pemain naturalisasi baharu negara. Liridon Krasniqi menyarung jersi pasukan negara berkemungkinan besar akan tertangguh sekiranya perkembangan terbaru ini diambil kira.Ia berikutan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedang mengkaji langkah untuk menangguhkan semua perlawnan pusingan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Mac hadapan.Penangguhan tersebut adalah susulan kesan penlaran COVID-19 di seluruh dunia.

Pemain tengah JDT kelahiran Kosovo itu sebelum ini sudah menerima lampu hijau daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjadi pemain naturalisasi pasukan negara.Keputusan oleh FIFA ini bermakna pemain kelahiran Kosovo berusia 27 tahun ini layak untuk beraksi bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada baki tiga perlawnan kelayakan pusingan kedua, bermula dengan perlawnan menent@ng UAE di Dubai pada 27 Mac hadapan.

Bagi FIFA mahupun AFC, kesejahteraan dan kesihatan semua individu yang terlibat dalam perlawnan bola sepak kekal menjadi keutamaan tertinggi, kata kenyataan daripada FIFA semalam. Oleh itu, satu cadangan rasmi untuk menangguhkan perlawnan akan datang dalam kelayakan Piala Dunia FIFA Asia 2022 dan Piala Asia AFC 2023 akan dikongsi dengan anggota persatuan yang relevan.

Susulan perkembangan terbaru ini, FIFA dan AFC dijangka akan mengemaskini jadual perlawnan yang baru membabitkan pasukan negara yang terlibat.Selain daripada perlawanan menentang UAE di Dubai, skuad kendalian Tan Cheng Hoe turut akan menanti Vietnam pada 31 Mac – dua perlawnan yang dianggap penting untuk mengukuhkan kedudukan di Kumpulan G kempen kelayakan ini.

Sementara itu FIFA berkata akan terus memantau situasi berkaitan COVID-19 dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konfederasi dan anggota persatuan, menurut kenyataan tersebut.Mengikut perancangan awal, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe akan memamanggil pemain untuk latihan pusat mulai 16 Mac hadapan.

Sumber:semuanyabola