Nafuzi ‘Pantau’ tentang taktikal Kedah

HARAP kes!lapan sama tidak berulang. Itulah harapan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain kepada anak buahnya yang bakal menent@ng Kedah pada aksi kedua saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu ini.Pengendali muda meningkat naik kelahiran Kelantan itu juga menggesa pemainnya menunjukkan belang sebenar bagi memastikan skuadnya tidak ‘berputih mata’ lagi buat kali kedua berturut-turut.Bagaimanapun, beliau sedar bukan tugas mudah untuk menyaingi lawan dan yang pasti anak buahnya dijangka akan diasak bermula awal permainan lagi oleh pihak lawan terutama dengan kehadiran bekas penyerang import TFC, Kipre Tchetche yang kini menyarung jersi skuad Hel@ng Merah itu.Kesilapan ketika menent@ng Perak pada aksi pertama liga di laman sendiri diharapkan tidak akan berulang lagi bertemu Kedah nanti.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, kami sudah lakukan bedah siasat serta buat ‘homework’ ke atas pasukan sebelum menentang pasukan itu,” ujar Nafuzi yang sebelum ini kecew@ dengan aksi pemainnya yang melepaskan gol mudah ketika tewas 1-3 kepada skuad The Bos GaVrus di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Sabtu lalu.Nafuzi yang turut dibantu bekas pemain legenda Terengganu, Subri Sulong dan bekas kapten kebangsaan, Rosdi Talib sudah pasti mengharapkan penye rang utamanya dari Mauritania, Dominique da Slyva lebih tajam di depan gol selepas gagal mempamerkan aksi meyakinkan pada perlawnan pertama liga.

Jurulatih itu juga turut menyandarkan harapan kepada kapten, Lee Tuck serta gandingannya Sanjar Shaakhmedov mendominasi jentera tengah sambil dibantu kelincahan pemain sayap kelahiran Singapura, Faris Ramli.Penjaga gol berusia 19 tahun, Rahadiazli Rahalim yang memperagakan aksi bertenaga ketika menent@ng Perak dijangka sekali lagi diturunkan mengawal gawang sambil mengharapkan ‘kereta kebal’ dari Senegal, Babacar Diallo lebih ampuh bertahan di jentera pertah@nan.Kita mahu mengutip mata bertemu kedah selepas kita kehilangan mata di tempat sendiri sebelum ini, lebih-lebih lagi Kedah juga memerlukan mata selepas tew@s pada aksi Piala Sumbangsih.” katanya

SUMBER:HM