Jeneral Baharu JDT ini, Saya bagi Rating 9/10 Beliau

KUALA LUMPUR: Adakah skuad H@rimau Malaya bakal menyaksikan kelahiran semula ‘jeneral b0la sepak baharu’ selepas berakhirnya era bekas kapten, Safiq Rahim?

Ini selepas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor akhirnya kembali membuktikan potensinya sebagai pemain tengah berbakat negara sekali gus mampu mengetuk kembali pintunya untuk bersama skuad kebangsaan.

Pemain berusia 25 tahun itu mencvri tumpuan dengan aksi sempurna pada perlawnan Liga Juara Juara Asia (ACL) bertemu Suwon Bluewings di laman sendiri dan persembahan kemasnya berbaloi apabila JDT mengejutkan wakil Korea Selatan itu 2-1.

Hantarannya pada babak pertama menemui Diogo Santo yang kemudiannya dijatuhkan pertah@nan pelawat dan tuan rumah dihadiahkan sep@kan penalti yang disudahkan Gonzalo Cabrera untuk gol pendahuluan JDT.

Bekas pemain Selangor itu turut mencipta bantuan gol menerusi hantaran lintang yang disudahkan Mauricio Nascimento untuk gol kemenangan skuad H@rimau Selatan pada minit ke-73.

Mengulas mengenai perkembangan itu, pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh menegaskan persembahan Nazmi pada aksi terbabit adalah persembahan terbaik yang pernah disaksikan olehnya dan dia seakan sudah kembali seperti usianya belasan tahun dahulu.

“Inilah Nazmi Faiz Mansor yang sepatutnya. Dia menunjukkan kembali potensinya seperti yang diberikan pada awal kemunculannya ketika berusia 18 dan 19 tahun

“Saya bagi 9/10 untuk persembahannya kelmarin. Saya rasa ini sebagai satu penggalak yang bagus untuk dia kembali bangkit dan saya percaya dia mampu menyerlah pada musim ini.

“Dengan adanya dia dalam skuad kebangsaan sebagai perancang dan Norazam Azih sebagai pemain tengah bertahan, ini adalah satu gandingan yang mantap untuk membantu pasukan negara.

“Cuma cabarannya ketika ini adalah dia perlu terus konsisten memberikan persembahan sedemikian dalam setiap perlawnan. Ini adalah peluang untuk dia membuktikan kemampuannya,” katanya.