Ini Nasihat Azraai Khor kepada Safawi Rasid

Azraai Khor Abdullah merupakan antara individu terawal yang mengesan bakat Safawi Rasid ketika membimbing pasukan T-Team pada 2014, namun beliau mahu pemain itu sedar mengenai beberapa perkara.

Selepas beraksi dalam Piala Sumbangsih 2020 dan dua perlawnan AFC Champions League, Safawi dikr!tik kerana gagal mempamerkan aksi yang cemerlang.Namun tidak semena-mena, TMJ mendakwa Safawi kurang menyerlah sejak kebelakangan ini kerana terlalu memikirkan soal perkahwinan dengan kekasihnya Syifa Melvin.

Azraai bagaimanapun, memberikan satu nasihat berguna kepada pemain berusia 22 tahun itu.Safawi adalah aset negara,” katanya kepada Arena Metro.Bukan mudah kita nak jumpa pemain seperti dia lagi. Saya harap dia jangan layu sebelum berkembang.

Azraai percaya Safawi merupakan seorang pemain berbakat sejak dia kecil lagi namun beliau perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bolasepak, di saat JDT dan skuad kebangsaan memerlukan khidmatnya.Dulu masa saya kendalikan T-Team, Safawi masih dalam skuad Piala Presiden T-Team dan masa itu saya percaya dia bakal ‘meletvp’ dan menjadi pemain glamor.

Bakat macam dia bukan selalu datang mungkin kena tunggu beberapa tahun baru ada balik. Jadi kalau dia tak boleh kawal tekanan terutama wanita dia akan hilang dari radar.Soal hati dan perasaan ini kita tak boleh nak tolak sebab itu fitrah sebagai manusia biasa, cuma dalam waktu sekarang Safawi kena pandai kawal.Bukan saya nak kata dia tak boleh ada kekasih atau tak boleh berkahwin, tapi dia masih muda dan perjalanan jauh lagi.

Kalau ada jodoh jangan risau takkan kemana kekasihnya itu. Kalau boleh fokus dahulu dengan pasukan dan permainannya, InsyaAllah lebih banyak rezeki akan datang selepas itu.Azraai percaya pengurusan kelab dan keluarga perlu memainkan peranan untuk menangani mas@lah yang dihadapi Safawi, sekaligus menaikkan semula semangatnya untuk perlawnan seterusnya.

Bagi saya ketika ini Safawi perlukan bimbingan daripada kelab dan keluarga. Jangan terus menekan Safawi kerana saya bimbang ia akan memberi kemudaratan kepadanya.Apa yang mustahak, pengurusan kelab dan keluarga beri nasihat dan panduan berguna kepada serta cuba cari jalan terbaik untuk mengatasi kemerosotan prestasi Safawi.