Dapatkah Nazmi memenangi hati Tan Cheng Hoe?

Masih ingatkah anda, bagaimana Tan Cheng Hoe dikritik hebat kerana menyenaraikan Nazmi Faiz Mansor di dalam skuad H@rimau Malaya kerana pemain itu hanyalah memanaskan bangku simpanan JDT malah lebih banyak bermain dengan JDT II.

Hari ini, pemain yang sama itu, dijulang tinggi, semuanya selepas aksi ditunjukkan ketika menent@ng Suwon Bluewings pada Selasa, dan penyok0ng mula menyatakan hasrat mahu melihatnya kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Nazmi melakukan killer pass kepada Diogo sebelum pemain itu dijatuhkan di dalam kotak penalti, dan kemudiannya melakukan assist cantik kepada Mauricio dalam kemenangan 2-1 yang dilakar oleh JDT.

Dia juga berjaya membentuk gandingan s0lid bersama Natxo Insa dan Afiq Fazail sekaligus dikatakan sedang berada pada prestasi terbaiknya.

Dapatkah Nazmi memenangi hati Tan Cheng Hoe?