LIGA SUPER : Badi jadi tuan rumah?

Minggu pertama Liga Super melihatkan 6 pasukan berent@p untuk merebut 3 mata penuh untuk mengejar JDT yang pertama mendapat mata ketika menentang Kedah dalam perlaw@nan pembukaan liga iaitu Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, berkesudahan perlawanan memihak kepada tuan rumah 1-0. Namun apa yang menariknya, Pahang, Terengganu & UiTM sebagai tuan rumah bagi perlawanan pertama masing-masing tumbang dengan l@wan mereka.


Perlaw@nan diantara Pahang menentang Selangor di Stadium Darul Makmur berkesudahan berpihak kepada pasukan pelawat Selangor dengan kemenangan 1-2 hasil jaringan Ifedayo dan Brandan Gan pada minit terakhir perlaw@nan, Namun begitu, Sebelum memperolehi kemenangan Selangor ketinggalan 1-0 sebentar sebelum jaringan penyamaan menjelma dari pemain import mereka Ifedayo.

Situasi yang sama dihadapi oleh Terengganu apabila tumpas di tangan Perak (1-3) dilaman sendiri, di Stadium Sultan Mizan yang baharu dibaik pulih sepenuh. Terengganu yang mendahului di minit ke-18 hasil jaringan Sanjar Shaakmedov tidak mem@tahkan semangat Perak untuk bangkit mencari gol penyamaan dan akhirnya gol itu hadir pada minit ke-41 perlawanan hasil dari Guilherme De Paula. Masuk ke babak kedua perlawanan , giliran Shahrul Saad pula untuk mencetak nama selaku penjaring gol dan sekali lagi De Paula menyempurnakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Melaka menepati ramalan apabila berjaya mengetepikan pendatang baru Liga Super 2020 UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam. Mereka mencatat kemenangan sebanyak 2-0 hasil jaringan Sony Norde dan Romel Morales. Bagi UiTM, ini pasti sebuah cabaran besar bagi bekas Ketua Jurulatih Malaysia bawah-23, Frank Bernhardt bagi menghadapi lawan seterusnya bagi mencabar pasukan lain di dalam Liga Super

Secara tidak rasmi ini telah meletakkan Perak ditangga pertama dengan berkelebihan gol dibelakang Melaka, Selangor dan JDT ini kerana  masih berbaki lagi dua perlawanan yang melibatkan Felda menent@ng PJ City di Stadium Jengka dan PDRM bakal menerima kunjungan dari Sabah di Stadium Cheras.

AKHIR KATA NIKMATILAH AKSI LIGA SUPER MALAYSIA!