Aidil Sharin dedah mengapa gandingan Fadzrul Danel dan Amirul Hisyam menjadi

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan keputusannya untuk tidak menurunkan dua pemain tengah berpengalaman David Rowley dan Amin Nazari dalam aksi sulung CIMB Liga Super 2020 menent@ng Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat adalah keputusan tepat.

Aidil Sharin mengambil keputusan berani mempertaruhkan kelibat pemain muda, Amirul Hisyam Awang Kechik serta Mohd Fadzrul Danel di dalam kesebelasan utama dan kedua-dua mereka beraksi penuh selama 90 minit tatkala Rowley dan Amin tidak dimasukkan walaupun sebagai gantian.Kedah tewas perlawnan itu 0-1 menerusi jaringan tunggal Mauricio Nascimento, namun Aidil Sharin berpuas hati dengan sumbangan kesemua pemain terutama Amirul Hisyam dan Fadzrul Danel yang berjaya mengemudi barisan tengah dengan cukup baik.

Jelas pengendali dari Singapura itu, ini membuktikan beliau boleh meletakkan kepercayaan kepada pemain muda selepas ini sambil menyifatkan kekal@han kepada JDT semalam bukanlah disebabkan oleh kegagalan pemain tetapi hanya rezeki tidak memihak kepada mereka.Saya memang suka pemain-pemain muda yang saya ada dalam pasukan sekarang kerana mereka mempunyai sesuatu yang pemain senior tidak ada iaitu kegha!rahan dan keinginan yang ditonjolkan di atas padang.Saya tidak menurunkan Rowley dan Amin dalam skuad utama bukan bermaksud mereka tidak bagus, tetapi saya memerlukan tenaga dan kekuatan pemain muda untuk mengawal bahagian tengah dan mereka berjaya membuktikan sesuatu kepada saya,” kata Aidil.

Sumber : Foxsports