Kedah tampil lebih baik dari JDT

Johor Darul Tak’zim (JDT) dilihat bernasib baik memenangi perlawanan pembukaan, Piala Sumbangsih selepas mereka menjaringkan gol hasil dari “set-pieces” sepakan penjuru pada penghujung perlawanan separuh masa pertama untuk menundukkan FA Kedah dengan gol tunggal dan seterusnya mendapat tiga (3) mata penuh.

Skuad bimbingan Benjamin Mora itu dilihat g@gal menguasai permainan walaupun bermain di laman sendiri, JDT yang mempertaruhkan Matt Davies muka baru mereka di bahagian pert@hanan juga dilihat tidak memberi impak yang besar. Meskipun, memenangi perlawanan, persembahan yang ditunjukkan oleh anak buah Benjamin Mora ini dilihat agak goy@h pada separuh masa pertama apabila tiada cubaan tepat ke arah gawang gol Kedah.

Kedah FA, yang lebih gar@ng melancarkan as@kan  sepanjang 45-minit dilihat mempunyai beberapa peluang keemasan yang hadir dari Hadin Azman, Kpah Sherman serta Baddrol Bakhtiar gagal diterjemahkan dalam bentuk gol juga gagal sepanjang separuh masa pertama.

Gol JDT diminit akhir separuh masa pertama hasil dari ‘set-pieces’ berpunca dari sepakan punjuru hadir melalui hantaran Cabrera yang mengumpan bola ke dalam kawasan gol Kedah disambut dengan tandukan dari mauricio terus menerjah ke gawang gol dan gagal diselamatkan oleh Ifwat.

Selepas itu, Kedua-dua pasukan dilihat buntu untuk mencari gol hingga ke wisel penamat dan ia menimbulkan perso@lan di kalangan peminat yang terjurus ke arah JDT. Ini kerana kelab yang dilabel “All-Star” itu gagal untuk memberi persembahan yang baik berdasarkan dengan penampilan pemain yang mereka ada.

Kredit: FA Kedah

Berbeza dengan Kedah yang tidak beraksi dengan kesemua pemain import mereka meletakkan tanggungjawab kepada pasangan pemain muda iaitu Fazrul Danel dan Amirul Hisyam lebih menyerlah dibahagian tengah dari gandingan tengah JDT yang dilihat “m@ti” di sepanjang  70 minit perlawanan.

Diharap Benjamin Mora dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau dibahagian tengah sebelum menghadapi perlawanan seterusnya jika tidak kedudukan JDT sebagai juara Liga Super bakal tergugat.