Apek: Saya AKan Buktikan

Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam untuk meningkatkan prestasinya menjelang aksi sulung perlawnan Liga Super 2020 esok, seterusnya mempertah@nkan posisinya dalam kesebelasan utama.Bekas penjaga gawang kebangsaan yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek’ itu berkata beliau akan bangkit membantu pasukannya merealisasikan impian merangkul sebarang piala dalam Liga Super meskipun sebelum ini beliau berehat panjang akibat kecederaan di bahu dan tumit.

Kali pertama Melaka United dapat piala ialah pada Liga Perdana, sepanjang penyertaan di Liga Super tidak pernah menang apa-apa dan harapan kita tahun ini untuk layak beraksi dalam perlawnan akhir dan sekurang-sekurangnya menang satu piala.Sebagai pemain dalam pasukan, kami pasti akan memberi yang terbaik untuk Melaka United pada saingan musim ini dan berharap semua berjalan dengan lancar, katanya.

Skuad kendalian Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan itu bakal bertemu UITM FC pada perlawnan pertama Liga Super musim ini di Stadium UiTM Shah Alam, malam esok.Khairul Fahmi berkata semangatnya untuk menabur bakti bersama skuad kebangsaan masih membara namun beliau mahu membuktikan kemampuannya pada saingan Liga Super.

Katanya kehadiran penjaga gawang baharu yang dibawa masuk ke dalam skuad Sang Kancil iaitu Norazlan Razali selain rakannya Ahmad Solehin Mamat yang masih dikekalkan itu dilihat menyempurnakan persediaan pasukan selain membentuk saingan sihat.Apa-apa pun saya perlu rebut dahulu tempat dalam Melaka United dan akan berusaha dengan gigih untuk pasukan, katanya.

Sementara itu, Norazlan berkata beliau percaya dengan kemampuan Melaka United selain pengurusan yang ada akan membantu perjalanan pasukan lebih lancar dan menjaga kebajikan para pemain.Kita harap dapat memberi yang terbaik dan bantu pasukan ini menyerlah sekali gus mencapai sasaran,” katanya. – BERNAMA

sumber:BH