Sepakan percuma Aliff Luar Biasa persis Faiz Subri

KEMAHIRAN menjaringkan gol menarik menerusi sep@kan percuma dari jarak 30 meter jarang dapat dilakukan pemain bola sepak tempatan dan antarabangsa.Namun kelebihan itu dimiliki pemain muda, Muhammaf Aliff Amin Basri, 25, yang beraksi dengan pasukan GYG (Glory Young Generation) dalam Liga Kuantan.

Dua gol menerusi sepakan percuma di luar kotak pen@lti pada saingan liga musim ini bukti kemampuan dan kebolehan dimiliki pemain berkenaan yang kini menetap di Taman Seri Inderapura.Muhammaf Aliff berkata, gol jarak jauh terbaru dilakukannya dari jarak 30 meter dan melencung masuk ketika menent@ng pasukan Rela di padang Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Semambu pada Sabtu lalu. Perlawnan berakhir dengan GYG menang besar 5-0 dan dia sendiri menyumbang tiga gol.

Hampir setiap hari saya melakukan latihan sepakan percuma 10 hingga 30 minit dalam usaha mendapatkan teknik terbaik seterusnya menghasilkan gol diharapkan. Sepanjang kerjaya bola sepak, saya berjaya menghasilkan lima gol menerusi sepak@n percuma jarak jauh lebih 30 meter, katanya.

Saya tidak menyangka video jaringan sepakan percuma di Polisas menjadi tular. Walaupun jaringan berkenaan bukan disumbangkan pemain profesional namun saya tetap berbangga mampu menghasilkan jaringan bertaraf antarabangsa dan akan terus berusaha melakukan gol menarik pada masa akan datang, katanya.

sumber:HM