Lee Tuck Ikut Jejak Liridon?

Melihat dua orang pemain, Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi sudah pun sah menjadi pemain naturalisasi untuk pasukan kebangsaan telah menimbulkan ‘kecembvruan’ kepada pemain tengah Terengganu FC (TFC) Lee Tuck.Pemain kelahiran Halifax, England itu sebelum ini telah beberapa kali dikaitkan dengan skuad H@rimau Malaya kerana mendakwa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya dan ia membolehkan beliau mewakili negara menerusi sistem pemain kacvkan.

Beberapa pemain kacvkan telah pun mewakili Malaysia seperti Junior Eldstal Brendan Gan, Natxo Insa, Corbin Ong dan Matthew Davies. Namun status Tuck sebagai pemain kacvkan tidak dapat disahkan kerana beliau gagal mengemukakan dokvmen untuk membuktikan bahawa neneknya berasal dari negara ini.

Ini bermaksud, satu-satunya cara untuk Tuck mewakili Malaysia adalah menjadi pemain naturalisasi dan beliau perlu menunggu kira-kira dua tahun lagi untuk melengkapkan tempoh lima tahun berturut-turut beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) dan perlu melalui proses yang sama seperti Sumareh dan Liridon.

Selepas mendapat perkhabaran Liridon menjadi pemain naturalisasi kedua Malaysia, saya begitu gembira dan ucap tahniah kepadanya kerana berjaya menjadi pemain naturalisasi,kata Tuck kepada Harian Metro.Jika ditanya, ya saya masih berminat untuk menjadi pemain naturalisasi di Malaysia dan berharap ia menjadi kenyataan pada satu hari nanti selepas semua dokvmen dan syarat lengkap.

Buat Liridon, ini peluang yang baik untuknya, namun dia perlu bekerja lebih keras memberikan aksi terbaik untuk Malaysia kerana sudah pasti harapan besar disandarkan kepadanya, ujarnya lagi.Pemain berusia 31 tahun itu dalam tahun keempatnya beraksi di Malaysia. Selepas mewakili Negeri Sembilan bermula pada 2017 selama semusim dan kemudiannya menyertai Terengganu sejak 2018 sehingga kini.

Beliau juga pernah menyarung jersi beberapa kelab Thailand seperti Nakhon Pathom, Bangkok FC, Air Force Central dan Nakhon Ratchasima.

Kredit Foto: Terengganu FC

sumber:semuanyabola