Berita gembira buat Penyokong Lang Merah

PERSATUAN B0lasepak Kedah(KFA) mengesahkan hanya 300 tiket tambahan
diberikan Johor Darul Ta’zim untuk penyokong skuad Lang Merah
menyaksikan perlawnan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim,
Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Shamsudin berkata,jumlah
keseluruhan yang diterima pihaknya pada perlawnan terbabit adalah 800
tiket berbanding sebelum ini hanya 500.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini mengemukakan rayvan penambahan
500 tiket bagi menampung permintaan tinggi daripada penyokong Kedah.

“Saya dimaklumkan Kedah menerima tambahan 300 tiket lagi bagi penyokong kami menyaksikan perlawnan terbabit.

“Terima kasih kepada pengurusan JDT yang mempertimbangkan rayvan
untuk memohon lebih banyak tiket bagi penyokong Kedah,” katanya ketika
ditemui pada majlis undian pusingan kedua Piala FA 2020, di sini.

Sebelum ini, MFL mengesahkan sudah menerima salinan surat dari KFA
berhubung permintaan tiket bagi perlawanan Piala Sumbangsih membabitkan
JDT menent@ng Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat
ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ghani Ab Hassan berkata surat
permintaan KFA sudah diterima mengenai permintaan persatuan itu untuk
mendapatkan 1,000 keping tiket yang akan dijual kepada penyokong Kedah
yang mahu menyaksikan perlawnan Piala Sumbangsih berkenaan.

“Untuk makluman, MFL ada manual yang ditetapkan berhubung pembahagian
tiket untuk penyokong pasukan tuan rumah dan pelawat. Ada tiga kategori
yang ditetapkan.

sumber: HM

Megikut kategori yang ditetapkan itu, stadium yang bawah kapasiti
penonton 20,000, tuan rumah boleh memberi tiket kepada pasukan pelawat
hanya 300 tiket sahaja.

Selain itu, stadium yang berkapasiti 20,000 hingga 40,000, tuan rumah
dibenarkan sediakan tiket kepada pasukan pelawat maksima 500 tiket dan
kapasiti stadium baharu JDT adalah 35,000, jadi KFA mungkin akan dapat
500 tiket sahaja.

Setakat ini, JDT masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai
permintaan tiket untuk aksi Jumaat ini dan berharap usaha untuk
mendapatkan 1,000 tiket untuk dijual kepada penyokong skuad Lang Merah
berhasil.

Namun dengan penjelasan MFL itu, kemungkinan hasrat KFA mendapat
kuota 1,000 keping tiket tidak kesampaian dan mungkin hanya 500 keping
tiket bakal disediakan .