Fakta menarik , stadium baharu JDT

Terletak di daerah Iskandar Puteri yang pesat membangun, pembinaan dimulakan pada 2016 dan siap pada 2020 dengan kapasiti tempat duduk lebih 35,000 penonton.Stadium tersebut terletak di atas kawasan seluas 140,000 meter persegi yang turut menempatkan ibu pejabat JDT.

SSI satu-satunya stadium yang menggunakan rumput asli menggunakan Zeon Zoysia yang mempunyai sistem pengairan yang mampu mengelak daripada air bertakung di atas padang.Dilengkapi dengan lampu sorot LED yang moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna, Stadium Sultan Ibrahim menyediakan viewing experience yang menyenangkan dan persembahan lampu yang akan membuatkan pengunjung terpesona.

Selain menjadi destinasi terbaik untuk bola sepak, Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi mercu tanda ikonik yang wajib dikunjungi para pelawat.Stadium ini juga boleh menjadi tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan pelbagai gerai jualan, kedai cenderahati dan restoran yang bakal dibuka.

Pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan masa depan yang cerah buat JDT.Dengan padang Seri Gelam ketika ini sedang diperluaskan, JDT sudah berancang untuk membina pusat latihan bersebelahan stadium untuk kesemua pasukan JDT dari skuad bawah 12 tahun hingga skuad senior.

Pusat latihan itu juga termasuk pusat kesihatan dan auditorium.Stadium Sultan Ibrahim menjadi sebahagian daripada misi JDT untuk menjadikan pasukan tersebut berada pada nilai RM1 bilion dalam tempoh dua tahun lagi.

“Sebagai sebuah kelab, JDT sudah berada pada tahap yang tinggi sejak 2013,” kata TMJ.Hari ini kami berjaya melangkaui norma bolasepak Malaysia, mencipta standard baharu dan terus-menerus memberikan cab@ran di peringkat antarabangsa.”

Sumber:football-tribe