CityBoy Yakin Akan kembali Ke Liga Super 2021

Prestasi konsisten sepanjang pusingan pertama saingan Liga Perdana musim ini, mampu membawa pasukan Kuala Lumpur menepati sasaran untuk kembali ke saingan Liga Super musim 2021.

Ketua jurulatih skuad The Hawks, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, berkata pemain juga telah berikrar kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad, bulan lalu untuk memberi persembahan terbaik bagi mencapai sasaran ke Liga Super musim depan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pengenalan pasukan Liga Premier Kuala Lumpur musim 2020, di sini, hari ini.Kuala Lumpur ters!ngkir ke saingan Liga Perdana setelah menduduki tangga terakhir daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super pada musim lepas.

Mengenai persiapan skuad kendaliannya pula, Muhammad Nidzam berkata beliau berpuas hati dengan persembahan pemain dalam beberapa aksi persahabatan termasuk tiga pemain import baharu iaitu Azamat Baimatov dari Kyrgyzstan, Francis Kouassi Kone (Togo) dan Nicolas Alejandro Dul (Argentina).

“Sepanjang kita mengadakan perlawnan persahabatan dari Disember lepas sehingga semalam, saya lihat terdapat peningkatan prestasi dalam kalangan pemain,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Nidzam turut menjelaskan pemilihan penye rang import dari Brazil, Paulo Josue selaku kapten pasukan adalah berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki sejak pemain itu menyarung jersi Kuala Lumpur pada 2017.

Katanya, Josue mempunyai ciri-ciri kepimpinan terbaik dalam memacu skuad warga kota melakar keputusan p0sitif dalam saingan Liga Premier pada musim ini.

Senarai pemain Kuala Lumpur musim 2020:

Ernest Wong Wen Hao, Mohamad Fandi Othman, Sean Gan Gianelli, Muhamad Hafiz Mohd Johar, Shafiq Shaharudin, Dzulfahmi Abdul Hadi, Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd Alif Samsudin, Muhammad Fakrul Aiman Sidid, Mohamad Nabil Ahmad Latpi.Muhammad Fauzan Mohd Fauzi, Abdul Azim Rahim, Azamat Baimatov (Kyrgyzstan), Mohd Raimi Md Nor, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil, Francis Kouassi Kone (Togo), Nicolas Alejandro Dul (Argentina).

S. Subramaniam, Muhamad Zamir Selamat, Zhafri Yahya, Khatul Anuar Md Jalil, Muhammad Akram Mahinan, Indra Putra Mahayuddin, Muhammad Shukor Adan, Paulo Josue Sturmer Do Reis (Brazil).

sumber:BH