Mark Hartmann kembali semula ke Liga Malaysia

Pengalaman luas yang dimiliki oleh Hartmann yang memiliki 26 kaps bersama skuad kebangsaan Filipina menjadi sen jata terbaharu PJ City untuk memperkuatkan jentera sera ngan musim ini.

Selain Hartmann, PJ City turut menandatangani penye rang skuad kebangsaan Guinea yang berusia 26 tahun iaitu Demba Camara dan bekas pemain pertahanan kelab Kitchee FC, Kim Bong Jin bagi mengisi kuota Asia.

“Kami mempunyai dua pemain yang bagus di setiap posisi dan ia akan menjadi satu kelebihan kepada kami pada tahun ini.

“Musim ini, kami mempunyai 75 peratus pemain baharu tetapi kami dapatkan pemain ini berdasarkan posisi dan setiap posisi ada dua pemain berkualiti. Ini untuk memastikan skuad lebih seimbang,” kata pengendali PJ City, K. Devan dalam News Strait Times

FOTO: PJ City FC

devan juga tidak mahu pasukannya dilabelkan sebagai “silent kil ler” atau pengacau kerana mereka tekad menjadi antara pencabar terkuat Liga Super dan sedia mengejutkan pasukan pilihan seperti JDT, Kedah, Selangor dan Pahang.

“Kita tak nak jadi pengacau kerana dalam bolsepak ini kita perlu menunjukkan prestasi baik dan konsisten setiap perlawnan.

“Kita bukan sahaja nak menang dengan pasukan besar, tetapi selepas itu tewas dengan pasukan bawah daripada kita. Saya tak nak macam tu. Kalau boleh biar kita konsisten,” katanya.

Sumber : vocketfc