Dia Memang ‘Jeneral’

Walaupun Mat Don kini bersama JDT tapi pemain ini sentiasa tersemat dalam hati penyokong Kedah. Salah satu pemain ‘!mport’ yang pernah mencapai 100 caps lebih bersama Kedah.

Bukan senang nak dapat 100 caps, perlukan bermusim untuk dapat dan perlu konsisten bagi menjamin kedudukan dalam pasukan.Bersama Kedah, Mat Don berjaya meningkatkan saham beliau menjadi antara ‘marquee player’ dalam Liga Malaysia.

105 perlawanan
38 gol
52 assist

Menyertai Melaka United, Mat Don hanya sempat bermain 6 perlawanan sahaja dan itupun dia catat 1 gol, 1 assist.Dengan reputasi dia bina sebagai Box To Box player, tak hairan JDT mendapatkan khidmat maestro ni. Memang ‘ngam’ dengan DNA yang dibawa oleh JDT.

Part best dan paling untung dia kini berstatus pemain tempatan untuk JDT dan Malaysia.Bab dia angkat bakul sendiri cakap dia legend tu kita tolak tepi tapi dia dah buktikan pada penyokong Kedah dulu dia sememangnya seorang ‘GENERAL’ yang punyai kualiti tersendiri.

Berapa pula catatan dia di JDT dan Malaysia lepas ni? yang pasti Mat Don selangkah ke depan dalam karier dia manakala Kedah masih misi mencari the next general..

Kredit:Don K-Rul IZham