Pulau Pinang Sudah Bersedia

Pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira menjelaskan yang pasukannya ketika ini sudah 80 peratus bersedia untuk Liga Premier musim 2020.

Pulau Pinang melalui pra-musim yang panjang sejak Disember lalu dengan sejumlah aksi persahabatan serta jelajah pra-musim di Indonesia pada pertengahan Januari lalu.Hanya satu kekalahan direkodkan dan paling menariknya adalah H@rimau Kumbang menang ke atas PDRM dan Perak serta terikat ketika bertemu PJ City FC dan Selangor.

Kita sudah sampai ke peringkat 80 peratus [persediaan] untuk perlawnan pertama nanti. Semua aspek pasukan masih saya perlu lihat dan perkemaskan lagi, jelasnya.Pulau Pinang akan membuka tirai Liga Premier dengan dua aksi di Stadium Bandaraya berdepan Sarawak United pada 1 Mac dan kemudian, Selangor II pada 7 Mac 2020.

Pengendali berusia 43 tahun itu berkata yang musim ini merupakan skuad baharu kerana dalam kesebelasan utama yang diujinya, hanya dua pemain daripada musim lepas.Walaubagaimanapun, barisan pemain baharu yang dibawa masuk memiliki pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia seperti penjaga gol, Samuel Somerville, Azmi Muslim, Khairu Azrin Khazali, Latiff Suhaimi, Bobby Gonzales dan pemain import PDRM, Lee Chang-hoon.

Ia pastinya akan memudahkan kerja Manzoor Azwira dalam membentuk skuad yang lebih mantap berbanding musim lalu, yang hampir meraih slot ke Liga Super 2020 – Pulau Pinang merekodkan 10 aksi tanpa kalah sejak diambil alihnya bermula pada pertengahan musim.

Ini bukanlah pasukan yang terdiri daripada pasukan yang sama dengan musim lalu. 70 ke 80 peratus adalah pemain baharu, ujarnya lagi sambil menyatakan yang pemain musim lepas, hanya Casagrande dan Al-Hafiz Harun kerap dicubanya dalam pra-musim setakat ini.Dalam pra-musim ini kita banyak buat percubaan kepada pasukan seperti mantapkan kombinasi pemain, persefahaman dan keserasian. Jadi saya harap dalam perlawnan pertama nanti, kita sudah bersedia 90 ke 95 peratus dari segala aspek, tambahnya lagi.

Selain itu, Manzoor Azwira juga memaklumkan ketika ini tiada masalah kecede raan yang serius kecuali Lee Chang-hoon yang mengalami kecede raan ringan ketika berdepan Selangor.

KREDIT FOTO: FA PENANG