FAM :Tahniah KLFA

Kejayaan Persatuan B0la Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menerima sijil pelesenan kelab selama tiga tahun berturut-turut tanpa sebarang mas@lah mendapat pujian Persatuan B0la Sepak Malaysia (FAM) yang menganggap persatuan itu sebagai ahli gabungan contoh.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kunjungan hormat badan induk bola sepak negara itu ke KLFA memberikan pujian tersebut dengan memberikan markah ‘cemerlang’ kepada KLFA yang memenuhi segala syarat-syarat pelesenan kelab mengikut jadual yang telah ditetapkan.Dalam majlis yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin itu KLFA turut membent@ngkan per@ncangan pemarsaran dan program pembangunan kelab bermula dari tahun 2020 sehingga 2025.Sebagai rekod, KLFA mendapat lesen kelab bermula sejak 2018 dan menjadi kelab pertama yang menerima lesen tersebut pada 2019. Malah pasukan tersebut juga menerima pelesenan kelab daripada Kelab B0la Sepak Asia (AFC) bagi tahun 2020.

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, 17 February 2020

“Perkara utama yang dibincangkan ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta usahasama antara FAM dengan KLFA khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020 iaitu mempr0fesionalkan pasukan menerusi tiga pilihan dalam proses pertukaran daripada FA kepada FC untuk saingan liga,” katanya.Presiden KLFA, YB Khalid Samad yang turut hadir berkata beliau dan semua barisan EXCO KLFA berbesar hari dan berharap FAM akan membantu pihaknya dalam memberikan khidmat nasihat untuk berada di tahap yang cemerlang.

Kami berharap semua berjalan dengan baik musim ini untuk mencapai m!si naik semula ke Liga Super musim depan,” katanya.Datuk Haji Hamidin kemudian menambah, kunjungan hormat ini selari dengan usaha FAM mengingatkan ahli gabungan agar berfikir dan bekerja secara profesional menuju F:30.Ini sebahagian daripada objektif kami memastikan ahli gabungan memahami visi dan misi FAM, selain keinginan FAM untuk ahli gabungan melakukan gerak kerja mengikut kemampuan masing-masing kerana pada asasnya kita wujud untuk mempr0mosikan b0la sepak di semua peringkat.

Kami di FAM sememangnya sentiasa memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembangunan pertandingan kepada ahli gabungan,katanya lagi.

Kredit Foto: KLFA