10 orang pemain layak naturalisasi menjelang 2022.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendedahkan seramai 10 orang pemain layak untuk mewakili negara menjelang 2022. Namun, Stuart menegaskan bahawa FAM tidak berancang untuk membawa masuk terlalu ramai pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Tahun 2021 atau 2022 nanti kita ada 10 pilihan pemain termasuklah Lee Tuck, Gonzalo Cabrera, Kipre Tchetche,” katanya kepada Arena Metro. Namun kalau ada 11 pemain pun tak bermakna kita ambil semua tetapi tengok pada keperluan pasukan.Walau macam mana pun, ini adalah pasukan Malaysia dan pemain tempatan diberi keutamaan dan hanya kelemahan akan dipertimbangkan.” Stuart menjelaskan lebih lanjut bagaimana FAM tidak pernah menetapkan berapa ramai yang akan dijadikan pemain naturalisasi.

Sebaliknya, FAM tetap mengutamakan pemain tempatan dan pemain yang memiliki darah kacvkan untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.Malah, pemilihan pemain naturalisasi yang diputuskan oleh Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM hanya tertumpu kepada posisi yang dianggap lemah terutamanya di bahagian sera ngan. “Tak ada angka dan memang kita pun tak nak tukar satu pasukan. Tumpuan kita hanya pada posisi yang di mana kita rasa kelemahan situ saja.

Tiada ku0ta atau ‘limit’ atau apa-apa. Tak pernah pun dibincangkan dalam jawatankuasa untuk membincangkan suatu nombor sama ada kita nak lima pemain atau 10 pemain, sebab kita memang tak pernah bincang. Kita hanya membincangkan adakah pemain ini dapat menyumbang kepada pasukan kebangsaan atau tidak.Contohnya seperti Michael Ijezie, kita lihat kualitinya sama macam pemain tempatan, jadi kita putuskan supaya tidak mengambilnya.
Walaupun terdesak nak pakai penye rang tapi Ijezie tak menepati kriteria yang ditetapkan, jadi kita terus beri keutamaan kepada penye rang tempatan.

sumber:football-tribe