Liridon Harus Ikut Cara Sumareh -Tan Cheng Hoe

KUALA LUMPUR: Faktor sudah lama menetap di negara ini menjadi punca Mohamadou Sumareh tidak berdepan masalah untuk memberi impak p0sitif buat skuad kebangsaan. Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan sikap pemain kelahiran Gambia itu yang tidak banyak kerenah terutama ketika kem latihan meletakkan dia antara pemain terbaik H@rimau Malaya ketika ini.

Saya rasa svmbangan Sumareh sudah terbukti terutama dalam aksi kelayakan Piala Dunia yang mana dia pernah menjaringkan gol kemenangan buat pasukan.Tapi, sudah pasti kita masih lagi mahu lihat permainan lebih baik daripada dia sebagai satu pasukan, bukan setakat dapat jaringkan gol saja.

Secara keseluruhan dia memberi !mpak terbaik sebagai pemain naturalisasi. Dia pun tiada (timbulkan) mas@lah langsung, dia sudah lama tinggal di Malaysia, faham budaya kita dan faham suasa negara ini. Dia juga mengenali pemain tempatan, jadi dia tak rasa kekok apabila bersama skuad kebangsaan, katanya kepada BH Sukan.

Semalam, akhbar ini menerusi laporan khas melaporkan bahawa peminat seakan sudah lupa bahawa Sumareh bukan rakyat asal Malaysia terutama ketika bersorak meraikan jaringan daripada pemain berusia 25 tahun itu.Penanda aras tinggi yang diletakkan Sumareh bersama skuad kebangsaan bagaimanapun menjadi tugas berat buat Liridon Krasniqi dengan seluruh pemerhati dan peminat menunggu !mpak yang bakal diberikannya sebagai pemain naturalisasi kedua negara.

Malah, pemain kelahiran Kosovo itu juga pernah dikaitkan dengan masalah disiplin termasuk terbabit pergadvhan dengan rakan sepasukan ketika di Kedah.Namun, Cheng Hoe menjelaskan dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan Liridon juga mampu memberikan impak terbaik buat H@rimau Malaya.

Bagi saya yang lepas itu biarlah lepas. Apa yang penting ketika ini dia (Liridon) perlu sesuaikan diri dengan cara pasukan kebangsaan dan mengikut apa yang dimahukan barisan kejurulatihan serta pengurusan.Saya mahu lihat sumbangan dia sebagai satu pasukan, bukan individu. Kita memang menekankan suasana harm0ni dalam pasukan kebangsaan,

katanya. Sumber:BH