Komen Penyokong Yang “Pedas” Terhadap Akhyar Di Instagram

Perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada penghujung tahun 2018 nampaknya tidak memberikan banyak peluang peluang kepadanya untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan pada saingan Liga Malaysia 2019.Bermain di posisi penye rang sayap kiri, ketua jurulatih, Benjamin Mora gemar menurunkan pemain import dari Argentina iaitu Gonzalo Cabrera dan Akhyar lebih banyak dimasukkan pada penghujung permainan atau sekadar memanaskan bangku simpanan.

Dan nampaknya, tidak banyak perubahan dilakukan untuk saingan musim 2020 sekiranya pemain berusia 31 tahun itu tidak menunjukkan sebarang penurunan prestasi dan pada masa yang sama Akhyar atau turut dikenali sebagai Matyat tidak mencatatkan peningkatan yang drastik di mata barisan kejurulatihan.

Disebabkan itu, dengan tidak semena-mena seorang penyokong memberikan k0men ‘pedas’ kepada Akhyar dalam satu post di akaun Instagramnya dan menganggap perpindahannya seakan sia-sia bagi karier pemain bolasepak kelahiran negeri Kedah itu.

“Tak kebas bontot ke duduk atas bangku simpanan itu (selama) semusim… JDT II (pasukan simpanan) sedang memanggil,” per li pengguna Instagram, Reymond GP kepada Akhyar.

Walaupun menerima kri tikan ‘pe das’ sebegitu, pemain yang bakal menginjak usia 21 tahun pada tahun ini tidak cepat melatah terhadap ko men tersebut dan Akhyar memberikan jawapan balas secara profesional dan optimis bahawa masanya akan tiba untuk menjadi kesebelasan utama JDT.

“Sabar itu indah,” jawabnya kepada Reymod GP sambil mendapat 134 likes oleh pengikutnya.Akhyar pernah mengulas mengenai kekurangan minit permainan dan peluangnya menembusi kesebelasan utama skuad Harimau Selatan pada musim lalu. Dia menganggap ini merupakan sebahagian daripada proses untuk meningkatkan permainannya.

Malah pemenang Pemain Muda Harapan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 merasakan dia cukup bertuah dapat menyertai salah sebuah kelab terbaik di asia dan dikelilingi oleh pemain-pemain yang hebat serta dilengkapi fasiliti-fasiliti terbaik.

Selain itu, bekas pemain Kedah ini turut berkongsi mengenai pengalaman mahalnya dapat beraksi di pentas elit bolasepak asia iaitu Liga Juara-Juara AFC menentng beberapa kelab handalan asia – suatu pengalaman yang tidak dapat diberikan oleh mana-mana pasukan lain dalam Malaysia.Akhyar turut menjadikan rakan sepasukannya, Safawi Rasid sebagai ‘role model’ di mana pemain itu juga bermula sepertinya ketika tahun-tahun awal menyertai JDT sebelum muncul menjadi pemain terbaik negara pada ketika ini.Untuk rekod, Akhyar Rashid menyertai JDT pada penghujung tahun 2019 dengan kontrak selama empat tahun dan turut disertakan nilai tebus kontrak sebanyak RM12 juta.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Sumber : foxsports