“Saya akan bincang dengan lawyer saya.”- Aidil Sharin Sahak

“Saya akan ambik tindakan, apa yang tidak saya kata apa yang reporter ditulis disitu. Cerita yang tidak benar Dan saya tidak kata apa pon pasal Amin. Memalukan reporter yang tulis. Saya akan bincang dengan lawyer saya.” Berikut adalah reaksi Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas kecewa dengan wartawan dari sebuah portal digital bolasepak yang telah mengeluarkan kenyataan yang salah berkenaan komen beliau (Aidil Sharin) selepas tamat perlawanan Unity Shield yang menemukan Perak selaku tuan rumah menentang Kedah di Stadium Ipoh, Perak 15 Februari yang lalu.

Kredit Kedah FA

Perlaw@nan antara Perak dan Kedah itu merupakan edisi kedua selepas kali pertama dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Kedah pada 2019 apabila Kedah memenanginya. Perlaw@nan kali kedua ini yang berkesudahan memihak kepada pasukan The Bos Gaurus (3-1) itu telah memberi tamp@ran yang kuat kepada Skuad Land Merah apabila ramai penyokong Kedah tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain import bahagian tengah pasukan Lang Merah tersebut. Di dalam keadaan yang dianggap akan merunsingkan bagi pasukan Kedah dengan ditambah dengan kesalahan maklumat didalam artikel tersebut membuat Aidil Sharin kecewa dengan penulisan yang dikeluarkan oleh mereka.


Status yang dimuatnaik melalui Instastory-nya dilihat amat kecewa dengan penulisan artikel tersebut kerana mengeluarkan artikel yang terpes0ng dengan apa yang disampaikan oleh Aidil Sharin. Melalui statusnya juga, Aidil Sharin dikatakan akan mengambil peguam dan mungkin akan membawa isu ini ke makhamah.

Penulis portal tersebut juga telahpun memohon maaf kepada Ketua jurulatih Kedah itu dan mengambil tindakan dengan memadam artikel tersebut dan mengantikan dengan artikel tersebut. Namun, Aidil Sharin dilihat masih kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh penulis itu.

Aidil Sharin merupakan jurulatih yang berfalsafah tinggi dan sentiasa mengeluarkan kata-kata positif baik menang dan mahupun pasukan mereka kalah. Namun begitu, Aidil dilihat agak berang dengan tindakan penulis tersebut. Walau apa pun, kita mengharapkan perkara ini tidak menganggu fokus Ketua Jurulatih Kedah itu dalam mempersiapkan pasukan nya untuk menentang JDT pada 28 Febuari nanti.