Peminat Lang Merah resah

KEGAGALAN Kedah mempert@hankan trofi Unity Shield apabila tewas 1-3 kepada Perak kelmarin mencetuskan keresahan kepada penyokong yang mengharapkan persiapan lancar skuad Lang Merah pada musim ini.

Tempoh kurang dua minggu sebelum aksi Sumbangsih menent@ng Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 28 Februari ini perlu dimanfaatkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk mengatasi kelem@han yang ada dan seterusnya meningkatkan prestasi.

Presiden Kelab Peny0kong Bolasepak Darul Aman (KEPDA) Nor Asmadi Hamzah berkata, pihaknya berharap Kedah dapat segera perbaiki kelemahan terutamanya di bahagian tengah.

“Aksi kurang konsisten di bahagian tengah yang dilihat ‘g0yang’ seperti ketika menent@ng Perak sedikit merisaukan kami walaupun sekadar perlawnan persahabatan namun kami berharap Lang Merah dapat segera menyelesaikan masalah ini.”

“Kami berharap skuad Kedah dapat segera bangkit dalam usaha menyelesaikan masalah dan kelemahan ini bagi mengelak lebih banyak tekanan di bahagian pertah@nan.” katanya.

“Dengan pengalaman dan kemampuan ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin, kami tetap yakin beliau mampu mengatasi segala kelemahan selepas mengharungi aksi pramusim yang berjaya dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Kedah telah bermain sebanyak 14 perlawnan setakat ini dengan tujuh perlawanan persahabatan tempatan, lima perlawnan pramusim di Kemboja dan dua perlawnan peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).