Nasib de Paula hujung bulan ini

“Namun, kita p0sitif segala halangan terbabit dapat diatasi dengan statusnya akan diumumkan penghujung bulan ini. Kemungkinan dia juga boleh beraksi bersama skuad kebangsaan untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Perkara terbabit bukan mudah kerana ia perlu memenuhi segala permintaan Fifa, namun kita komited menyediakan apa jua d0kumen diperlukan mereka,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, de Paula bersama pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi disenaraikan sebagai calon pemain naturalisasi negara.

Liridon terlebih dahulu mendapat kerakyatan seterusnya boleh beraksi bersama negara untuk perlawnan antarabangsa jika mampu memikat jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Bagaimanapun, de Paula yang berhijrah ke pasukan Perak dari Kuala Lumpur musim ini terpaksa menunggu lebih lama ekoran beberapa d0kumen yang tidak lengkap.

Sebelum ini, pemain sayap Pahang kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh mencipta sejarah sebagai pemain naturalisasi pertama menyarung jersi H@rimau Malaya.

Sumber:HM