Mat Don Dapat ‘lampu hijau’

IMPIAN skuad Harimau Malaya mendapatkan penye rang tengah berkualiti menjelang baki perlawnan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menjadi kenyataan apabila pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi disahkan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persekutuan B0lasepak Antarabangsa (Fifa).

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, Liridon sudah mendapat kebenaran daripada badan induk bola sepak dunia itu baru-baru ini untuk disenaraikan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Beliau berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya perlu mengatasi satu lagi halangan iaitu memikat hati pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan pada aksi menent@ng Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan pada 26 Mac depan.

“Liridon sudah dapat ‘lampu hijau’ iaitu kebenaran daripada Fifa untuk disenaraikan beraksi bersama skuad H@rimau Malaya pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Namun, ia bukan tiket untuk dipilih terus mewakili negara kerana perlu juga mendapat persetujuan daripada Cheng Hoe.

“Kita menilai pemain daripada persembahan terkini dan berharap Liridon memenuhi kriteria yang ditetapkan pengendali H@rimau Malaya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan peluang Liridon untuk turun membantu skuad H@rimau Malaya berdepan UAE dalam sesi kelayakan kejohanan itu akan diketahui minggu ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, keputusan mengenai status tonggak naturalisasi kedua negara itu akan diputuskan Fifa dalam masa terdekat selepas memperoleh kewarganegaraan Malaysia baru-baru ini.

Untuk rekod, UAE juga dikatakan tampil lebih bersedia apabila ‘mengimport’ tiga pemain sebagai naturalisasi mereka iaitu Sebastian Lucas Taglibue (Argentina) serta Caio Canedo Correa dan Fabio Virginio de Lima dari Brazil, sebagai usaha menguatkan pasukan.

Malaysia kini menghuni tempat kedua Kumpulan G di belakang Vietnam, manakala UAE keempat ketika saingan berbaki tiga perlawnan. Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah Thailand dan Indonesia.

Juara dan empat naib juara terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2020 zon Asia.

Sumber:HM