Jom sertai Fantasy Super League sekarang!

Menjelang kempen Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi, LigaKita.my telahpun bersedia menerima susunan pasukan terbaik dari anda semua.

Fantasy Super League (FSL) merupakan aplikasi permainan interaktif untuk Liga Super Malaysia yang sedang menyusun langkah untuk menjadi sebuah aplikasi yang bakal menjadu popular dikalangan pengikut dan peminat bola sepak. Secara ringkas, aplikasi permainan ini mula diwujudkan pada tahun 2017 dan kini sudah 3 tahun ia beroperasi. Semakin hari semakin bertambah pemain fantasi. Statistik menunjukkan terdapat lebih kurang 15,000 pemain fantasi di Malaysia bagi musim ini. Ianya seolah-olah menjadi satu trend kepada anak-anak muda.

FSL secara teknikalnya sama seperti Fantasy Premier League adalah satu permainan yang memberi peluang kepada pemain fantasi untuk mengurus pasukan yang terdiri daripada pemain daripada pelbagai pasukan yang bertanding di dalam liga. Dana yang disediakan bernilai 100 Kredit dan anda perlu membina pasukan yang mempunyai keseluruhan seramai 15 orang pemain. Antara pemain yang berpotensi untuk menyumbang mata buat pasukan anda ialah Safari Rasid, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi pemain terbaik dalam Liga Malaysia.

Ramai yang menganggap permainan seperti ini tiada hala tuju dan membuang masa. Namun, stereotaip terhadap permainan ini sebenarnya sedikit pun tidak menggugat para pemain yang giat beraksi. Ini kerana permainan sedemikian sebenarnya memberi manfaat kepada pemain mengenai cara pengendalian pasukan bermula daripada pemilihan pemain sehingga kepada susunan taktikal.

Hakikatnya, hanya peminat bola sepak sebenar sahaja yang akan menghayati roh aplikasi permainan yang digilai bukan sahaja dikalangan golongan lelaki tetapi sudah mula menembusi tembok kaum hawa. Tambahan pula, hadiah yang ditawarkan cukup berbaloi dan mampu meragut nafsu para pemain fantasi.

Pengguna dan pemain fantasi juga berpeluang untuk mencipta liga peribadi untuk bermain bersama teman rapat. Ini sebenarnya mampu mewujudkan hubungan silaturahim diantara pemain. Selain itu, tiada yuran pendaftaran yang diperlukan dan sesiapa yang berminat hanya perlu mendaftar melalui halaman web atau aplikasi di telefon pintar. Dalam erti kata lain, ianya percuma untuk semua.

Jadi, tidak hairanlah jika pemain-pemain fantasi begitu bersungguh-sungguh dalam mengecapi matlamat utama iaitu mengutip mata semaksimum mungkin seterusnya menjadi juara keseluruhan. Fantasi mampu mengubah realiti. Sudahkah anda membina skuad fantasi anda?