Nasrullah Aziz Lulus Ujian Sera ngan Dari Kedah

Penjaga gol ketiga Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz dilihat pantas membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya selepas menampilkan persembahan bertenaga dalam membantu skuad ‘Yob’ menumpaskan Kedah 3-1 pada aksi Unity Shield 2020, malam tadi.

Nasrullah yang mesra disapa ‘Ayoi’ dalam kalangan rakan sepasukannya itu mendapat peluang keemasan tersebut selepas Perak kehilangan khidmat Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Khairul Amri Salehuddin yang kini sedang mengalami kecede raan.

Aksinya dalam menangkis beberapa asakan menarik terutamanya daripada Kpah Sherman dan Baddrol Bakhtiar serta percubaan padu diled@kkan Renan Alves nyata mendapat pujian para penyokong Perak.

Selain daripada bimbingan jurulatih penjaga gol, Mohd Faozi Mukhlas, Nasrullah ketika dihubungi wakil Semuanya BOLA turut mengakui Hafizul dan Khairul Amri banyak memberikan nasihat kepadanya bagi menghadapi perlawnan di Stadium Perak itu.

”Di minda saya pada perlawnan semalam hanya untuk memberikan yang terbaik selepas diberikan kepercayaan oleh ‘coach’.”

”Tidak dapat dinafikan memang saya sedikit gugup kerana ini merupakan perlawnan pertama saya. Tetapi ia tidak menghalang saya untuk berusaha bagi memberikan yang terbaik.”

”Dua senior saya [merujuk kepada Hafizul Hakim dan Khairul Amri] banyak berkongsikan tips berguna kepada saya. Mereka banyak memberikan nasihat dari segi permainan, ketenangan dalam padang dan sebagainya,” ujar pemain kelahiran Bagan Datoh itu.

Dalam pada itu, Nasrullah juga mengakui pengalaman berharga buatnya dalam menghadapi kombinasi penye rang berkualiti di Liga Malaysia seperti Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

”Seperti kita semua ketahui, Sherman dan Kipre memang penye rang yang cukup baik dan begitu berbisa di hadapan gol. Bagi saya ia adalah pengalaman yang cukup baik buat saya berdepan dengan penye rang lincah dan berbisa seperti mereka berdua.”

Kredit fotoArena Seladang