Lang Merah Harus Lakukan Sesuatu Sebelum Terlambat

Menjelang permulaan Liga Super musim 2020, dilihat semua pasukan bekerja keras dalam memantapkan pasukan serta menyediakan pelbagai modul latihan selain mengatur perlawanan persahabatan.

Kedah antara pasukan yang sangat aktif pada pra musim ini dengan mengatur banyak perlawnan pra musim termasuk jelajah ke negara luar untuk memberi pengalaman dan menajamkan lagi persefahaman skuad.

Unity Shield edisi II. FT Perak 3-1 Kedah. Perak raih momentum tinggi bagi hadapi Saingan Liga Malaysia 2020.Perak berjaya meraih kejuaraan ‘Unity Shield’ edisi kedua dihalaman sendiri apabila berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan 3-1.

Perak memulakan permainan sera ngan pantas dengan cepat menyesuaikan diri dalam permainan serta menumpukan sera ngan di bahagian tengah.

Kedah yang gagal ‘settle down’ dalam awal permainan nyata lebih banyak bertahan dan hanya melancarkan ser@ng balas pantas melalui Kpah, Kipre, dan Hadin Azman.

Semoga perlawnan ini menjadi pengajaran berguna buat Kedah untuk bangkit pada perlawnan akan datang.

Kedah pula sesuatu perlu dilakukan sebelum bertemu gergasi bolasepak tanah air, JDT bagi aksi Piala Sumbangsih 2020 pada 28 Februari ini.

Mungkin Aidil Harus menitik beratkan tentang skill individu untuk memudahkan penguasaan bola .rata-rata penyokong kedah memberi pandangan tentang skill individu ,hantaran bola dan kedah banyak bermain long ball menyebabkan kedah selalu kehilangan bola. kedah harus main secara shoot pass seperti ketika Loridon bersama kedah..Penyokong-penyokong Kedah amat berharap Aidil dapat membuat sesuatu sebelum sepak mula liga super 2020..