Kenyataan Ringkas Matthew Davies Di Instagram Mengejutkan

Kapten pasukan Pahang, Matthew Davies dilaporkan sudah memvtuskan untuk meninggalkan pasukan Pahang.Berita yang pasti mengejutkan ramai pihak, selepas beliau membuat pengesahan akan kekal bersama Pahang.

Davies memuat naik ringkas di IG story beliau:

“Hanya untuk mengesahkan [perkara ini] sekali lagi. Saya akan kekal bersama Pahang untuk musim 2020,” ujar beliau.“Saya sudah tiba di Kuantan dan sudah tidak sabar untuk bermula [latihan dan musim baharu]”

Namun sebentar tadi Harian Metro melaporkan mereka mendapat tahu bahawa pemain itu akan sah meninggalkan Pahang untuk saingan musim 2020.

Harian Metro melaporkan bahawa sumber mereka menyatakan: “Segala yang ditularkan di laman sosial berkaitan Davies meninggalkan Pahang adalah benar dan skuad itu amat terasa kehilangannya.“Segalanya berlaku terlalu pantas dan Davies yang menyertai Pahang pada 2015 tidak lagi bersama Pahang apabila saingan Liga Super bermula nanti.

“Sudah pasti posisi pertah@nan kanan memberi kesan terhadap pembentukan pasukan tetapi ia diharap dapat diatasi sebelum liga bermula.”

https://twitter.com/ArenaHM/status/1228707429321363456

Davies sudah bersama Pahang sejak 2015. Setahun selepas itu beliau dilantik menjadi ketua pasukan Pahang.Pemain berdar@h kacvkan Malaysia itu menjadi bek kanan utama H@rimau Malaya dan pernah membantu Pahang muncul juara Piala FA 2018.

Pahang masih belum mengumumkan senarai akhir skuad mereka untuk musim ini.Namun berita ini masih belum rasmi. Sama sama kita tunggu kesudahannya.

Sumber:semunyabola