JDT bayar harga tinggi untuk dapatkan Matthew Davies

uara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan mengeluarkan bayaran yang tinggi bagi mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan, Matthew Davies.

Matthew dilaporkan sudah sah menyertai JDT dan kelab yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dipercayai mengeluarkan dana sebesar RM16 Juta bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu.

Harga yang dipercayai dibayar oleh JDT bagi mendapatkan khidmat Davies.

Harga yang dibayar oleh JDT ini sememangnya satu angka yang besar dimana wang yang dikeluarkan merupakan jumlah bajet beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super dan juga Liga Perdana.

Selain itu, jika benar juara Liga Super enam kali berturut-turut itu membayar sebanyak RM16 Juta, maka Davies bakal menjadi pemain termahal dalam saingan Liga Malaysia.

Setakat ini, baik JDT mahupun Persatuan BolaSepak Negeri Pahang (PBNP) belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perpindahan Matthew Davies ini.

 

Sumber : vocketfc