Status Pertah@nan Pahang Ke JDT Terjawab Akhirnya

KUANTAN: Berbaki dua minggu sebelum sa!ngan Liga Super membuka tirai, skuad Pahang menerima tamparan hebat apabila kehilangan pemain pertahanannya, Matthew Davies.

Menurut sumber rapat dengan pasukan itu, pemain kelahiran Australia berkenaan sah tidak lagi bersama skuad Tok Gajah bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Segala yang ditularkan di laman sosial berkaitan Davies meninggalkan Pahang adalah benar dan skuad itu amat terasa kehilangannya,” kata sumber berkenaan.

“Segalanya berlaku terlalu pantas dan Davies yang menyertai Pahang pada tahun 2015 tidak lagi bersama Pahang apabila sa!ngan Liga Super bermula nanti.

“Sudah pasti posisi pertahanan kanan memberi kesan terhadap pembentukan pasukan tetapi ia diharap dapat diatasi sebelum liga bermula.”

Semalam, tular Davies yang juga pemain Harimau Malaya bakal meninggalkan skuad Tok Gajah dan kini dikaitkan menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak menyertai Pahang pada tahun tahun 2015, Davies yang juga kapten pasukan sejak tahun 2016 pernah membantu Pahang muncul juara Piala FA 2018.

Prestasi mantap yang dipersembahkan pemain berumur 25 tahun itu menyaksikan khidmatnya ditagih skuad bawah 23 tahun negara dan Harimau Malaya.

Namun, ketiadaan Davies yang pernah beraksi bermain dengan Perth Glory dari Australia itu memberi tamparan buat skuad kendalian Dollah Salleh yang belum mengumumkan senarai rasmi skuad Tok Gajah musim ini.

Sumber : BH