Pasukan Ini Sah IKat Penyer@ng Yang Bukan Calang-Calang

Skuad UiTM FC kali ini lebih mantap daripada musim lepas apabila membawa masuk peny3rang skuad kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya secara pinjaman selama 6 bulan daripada Al Ahed FC.

Perkembangan itu disahkan oleh pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad melalui laporan dalam akhbar The Star hari ini.

Pemain yang berusia 31 tahun itu bukan calang-calang orangnya kerana beliau membantu Al Ahed menjuarai Piala AFC 2019 dan merupakan tonggak utama skuad Lubnan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pada tahun 2017, beliau juga merupakan pemain yang memusn@hkan harapan skuad Harimau Malaya untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas menjaringkan dua gol di Stadium Larkin.

Rabih yang memiliki lebih 30 kaps bersama Lubnan turut mempunyai pengalaman beraksi bersama kelab Iran, Zob Ahan pada musim 2017/2018 dan membantu kelab itu muncul sebagai naib juara Liga Profesional Iran.

Berdasarkan rekod, beliau telah meraih 8 kejuaraan dalam liga domestik Iran dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam Liga Lubnan pada musim 2015/2016.

Rabih juga merupakan pemain kedua dari Lubnan yang disahkan beraksi dalam Liga Super musim 2020 selain rakan sepasukannya dalam kelab Al Ahed FC iaitu pertahanan import Pahang, Khalil Al Khamis.