Merecik Jersi Rasmi Terengganu FC Untuk Musim 2020

Skuad Terengganu FC hari ini telah melancarkan jersi rasmi mereka berjenama Al-Ikhsan untuk musim 2020 yang bakal dipakai oleh para pemain dalam saingan Liga Malaysia.

Majlis pelancaran jersi tersebut diadakan di pantai Baru Buruk dan turut disertakan sekali dengan pelbagai acara lain untuk para penyokong.

Kit jersi Home Terengganu FC mengekalkan warna tradisi hitam putih serta mempunyai garisan yang kemas pada bahagian depan. Kalau dilihat dengan lebih dekat, kelihatan corak batik terdapat pada warna hitam di bahu jersi tersebut.

Manakala kit jersi Away kali ini menampilkan kelainan dengan menggunakan warna biru kuning yang lebih cantik. Selain itu, terdapat juga warna kuning berbelang merah menghiasi bahagian leher dan lengan jersi tersebut.

Bagi kit jersi ketiga, warna kelabu putih menjadi pilihan sambil mamaparkan corak logo Terengganu FC pada bahagian depan. Malah, tulisan logo pada jersi tersebut bertukar warna hitam untuk dibezakan dengan kit jersi Home.


Difahamkan harga jersi ini ialah RM99.90 dan boleh didapati di semua cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic di sekitar Kuala Terengganu.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan jersi pasukan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Sumber:vocket