Empat Pemain Muda Perak FA Diberi Lampu Hijau

Dikatakan ketika Jelajah Pra-Musim di Singapura baru-baru ini, pengendali Perak, Mehmed Durakovic sudah menemui barisan terbaiknya untuk saingan Liga Super 2020 yang akan bermula tidak lama lagi.

Gandingan Shahrel Fikri dan penye rang import, Guilherme de Paula dikatakan membentuk keserasian jitu dengan bantuan J. Partiban dan Careca di sayap selain Leandro dan Thierry Chanta Bin di tengah.

Di benteng, gandingan empat pertah@nan iaitu kapten Shahrul Saad bersama Anthony Golec, Amirul Azhan dan Nazirul Naim dilihat baik walaupun bermain tanpa dua penjaga gol utama yang masih cede ra.

The Bos Gaurus kini terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga berusia 22 tahun, Nasrullah Abdul Aziz untuk mengawal gawang buat seketika sehingga Hafizul Hakim dan Khairul Amri Salehuddin.Walaupun nampak hampir sempurna, namun bagi Mehmed Durakovic, itu bukanlah barisan terbaik buat Perak kerana masih ada masa untuknya menguji gandingan dan juga mencuba falsafah baharu.

“Tidak, kita belum muktamadkan barisan pemain utama dan formasi lagi. Kita akan melalui beberapa lagi perlawanan persahabatan dan saya akan menguji kombinasi serta falsafah lain untuk pasukan.“Kami mahu memastikan pasukan melalui persediaan terbaik sebelum musim bermula. Untuk pemain-pemain baharu seperti de Paula, Golec dan Thierry, mereka cepat serasi,” jelas Mehmed Durakovic.

Selain itu, pengendali kelahiran Yugoslavia itu percaya yang pemain-pemain muda yang dinaikkan pangkat ke skuad Liga Super memiliki masa depan cemerlang dan mungkin akan berpeluang untuk beraksi.

Empat pemain telah diberikan peluang iaitu Mohd Alif Zikri, Mohd Nazirul Afif Ibrahim, Farid Khazali dan Nazmi Ahmad, yang merupakan sebahagian daripada skuad Emas SUKMA 2016 dan 2018.

“Pemain-pemain muda mempamerkan potensi mereka tetapi kita tidak mahu terbvru-bvru untuk mereka bermain dalam kesebelasan utama,” jelas Mehmed Durakovic mengenai kelibat empat pemain itu.“Seperti pemain lain di dalam pasukan, mereka perlu bersaing dan merebut tempat dalam kesebelasan utama,” tambahnya lagi sambil berkata ikatan dikalangan pemain dan staff ketika ini sangat kuat.

“Baru-baru ini kita telah menjalani dua perlawnan di Singapura. Jelajah Pra-Musim yang singkat itu telah mengeratkan ikatan dikalangan pemain dan staff,” ujar Mehmed Durakovic kepada portal The Star.

KREDIT FOTO: PERAK TBG