Live Streaming Unity Shield Kedah vs Perak

FINALIS Piala FA musim lalu, Kedah dan Perak sekali lagi bakal berentap bagi merebut kejuaraan Unity Shield di Stadium Perak, Ipoh pada 15 Februari ini.

Perlawnan yang melibatkan dua jaguh bola sepak Utara itu adalah usaha kepimpinan tertinggi dalam mengekalkan kesepakatan serta perhubungan yang akrab antara dua pasukan yang terjalin sejak sekian lama.

Media Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam laman rasminya memaklumkan mengenai maklumat serta tarikh perlawanan kejuaraan tahunan yang bakal diadakan itu.

“Perlawanan tahunan Unity Shield di antara Perak dan Kedah bakal menampilkan edisi keduanya di mana Perak pula yang akan menjadi tuan rumah untuk musim 2020.

“Untuk edisi kali ini, perlawnan akan diadakan pada 15 Februari di Stadium Perak di Ipoh jam 9 malam dan jika diimbas pada edisi pertama yang lalu, Kedah muncul juara dengan kemenangan 2-0 di Stadium Darul Aman.” katanya.

Perlawanan Unity Shield menjadi medan persiapan penting untuk kedua-dua pasukan yang akan memulakan aksi sa!ngan Liga Super musim 2020 pada 28 Februari ini.

UNITY SHIELD 2020

Tarikh : 15 Februari 2020 (Hari Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium Ipoh, Perak

KLIK Live Streaming:
LINK LIVE 1: FB LIVE

LINK LIVE 2: FB LIVE

Akan di update dari masa kesemasa ………..

Edisi pertama milik pasukan Kedah FA setelah menewaskan Perak FA dengan jaringan 2-0 di Stadium Darul Aman..