Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC

Malam ini skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan pasukan Vissel Kobe dalam @ksi pembukaan perlawnan peringkat kumpulan G, AFC Champions League 2020 di Noevir Stadium.

Namun, ketiadaan Liridin Krasniqi dalam skuad JDT mungkin menimbulkan persoalan buat segelintir penyokong bola sepak JDT khususnya serta penyokong bola sepak Malaysia lain yang mengikuti perkembangannya.Secara umumnya, AFC Champions League mempunyai 3 jendela pendaftaran pemain iaitu;

Pendaftaran pemain bagi pasukan yang terbabit dengan pusingan kelayakan play-off dan play-off AFC Champions League.Pendaftaran pemain bagi pasukan yang layak ke peringkat kumpulan hingga pusingan kalah m@ti 16 terbaik.Pendaftaran pemain bagi pasukan yang layak ke pusingan suku akhir dan seterusnya.Seperti yang kita semua maklum, Liridon Krasniqi secara rasmi menerima kerakyatan Malaysia kurang dari 2 minggu yang lalu iaitu pada 3 Febuari 2020.Jendela Pendaftaran Pemain AFC Champions League

Menurut, peraturan kejohanan AFC Champions League 2020 yang dikeluarkan oleh pihak AFC menetapkan bahawa, tarikh tutup pendaftaran pemain-pemain bagi pasukan yang akan bersaing dalam peringkat kumpulan adalah 30 hari sebelum tarikh sepak mula perlawanan pertama.Oleh itu, 12 Januari 2020 adalah tarikh akhir pendaftaran pemain-pemain dimana AFC menetapkan minimum 18 pemain dan maksimum 30 pemain dengan menggunakan nombor 1 hingga 99.

Pendaftaran tersebut akan digunapakai dari perlawnan pertama peringkat kumpulan sehingga perlawnan peringkat kalah m@ti 16 pasukan terbaik, melainkan ada sesuatu yang berlaku sehingga memaksa penambahan masuk pemain baru dan perlu mengikut proses yang telah ditetapkan AFC.Berdasarkan peraturan yang dibuat oleh pihak AFC untuk kejohanan AFC Champions League itu, Liridon Krasniqi mungkin hanya boleh didaftarkan masuk ke dalam skuad sekiranya JDT layak ke peringkat suku akhir.

Sumber:vocket